Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa dalam dagangan berhati-hati.

Ini menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS bagi Mac, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.1340/1360 berbanding mata wang negara maju itu daripada 4.1310/1350 ketika ditutup pada Isnin.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes, berkata gelombang baharu COVID-19 melanda negara serantau telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pelabur mengenai negara mana yang akan terjejas seterusnya, dan ia memberi tekanan kepada mata wang tempatan.

"Walaupun harga minyak mentah yang tinggi berjaya mengimbangi dagangan hari ini, namun kebanyakan pelabur kekal mengambil pendekatan tunggu dan lihat dengan IHP AS akan menjadi tumpuan utama dalam sesi dagangan AS hari ini," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0798/0824 daripada 3.0810/0851 ketika ditutup pada Isnin dan naik berbanding euro kepada 4.9170/9198 daripada 4.9171/9227.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding yen kepada 3.7802/7834 daripada 3.7785/7832 dan rendah berbanding pound kepada 5.6888/6932 daripada 5.6743/6807. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini