Ringgit kukuh semula berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit kukuh semula berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit kembali kepada paras 4.12 berbanding dolar US pada pembukaan hari ini, paras yang dilihat kali terakhir pada 24 Mac, 2021 berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu merosot kepada paras terendah dalam tempoh tiga minggu pada Selasa.

Pada 9.01 pagi, unit tempatan naik 60 mata asas kepada 4.1280/1330 berbanding dolar AS daripada 4.1340/1360 semasa ditutup pada Selasa.

Ringgit turut disokong oleh harga minyak mentah yang stabil yang menyaksikan penanda aras minyak mentah Brent berada pada sekitar AS$63.90 setong hari ini.

Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata dolar AS susut kepada paras terendah dalam tempoh tiga minggu pada Selasa selepas pergerakan yang baik dalam data inflasi AS bagi Mac 2021 gagal menggerakkan langkah normalisasi dasar Rizab Persekutuan.

"Ringgit perlu mempunyai gabungan hasil bon AS yang rendah dan harga minyak yang lebih stabil, berikutan minyak mentah mula stabil pada minggu ini," katanya.

Data yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja AS pada Selasa menunjukkan Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi Mac 2021 naik 0.6 peratus daripada bulan sebelumnya dan 2.6 peratus daripada tahun lalu.

Pada pembukaan, ringgit kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0831/0878 daripada 3.0798/0824 pada Selasa, susut berbanding euro kepada 4.9338/9414 daripada 4.9170/9198 dan merosot berbanding yen kepada 3.7931/7984 daripada 3.7802/7834.

Berbanding pound, mata wang tempatan naik kepada 5.6756/6841 daripada 5.6888/6932 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini