Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit tidak berubah berbanding dolar AS




KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tidak berubah berbanding dolar US hari ini berikutan permintaan rendah terhadap unit tempatan dalam persekitaran harga minyak mentah yang kukuh, kata penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.0960/0990 berbanding dolar AS daripada 4.0960/1000 semasa ditutup pada Isnin.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata pelabur akan memantau data mengenai Keyakinan Pengguna AS bagi April pada minggu ini, yang merupakan pemacu paling penting bagi dolar AS.

"Data mengenai Keyakinan Pengguna adalah petunjuk untuk mengukur tahap perbelanjaan pengguna dalam keseluruhan aktiviti ekonomi yang akan memainkan peranan utama dalam pergerakan mata wang," katanya.

Bagaimanapun, katanya berada di bawah paras 4.10 boleh bermakna momentum baharu kepada aliran penurunan dolar AS, justeru, ringgit akan lebih kukuh berbanding dolar AS dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Pada masa ini, harga minyak mentah Brent naik 0.73 peratus kepada AS$66.13 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0883/0908 daripada 3.0890/0932 pada Isnin dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7824/7856 daripada 3.8017/8058 semalam.

Ia naik berbanding euro kepada 4.9410/9463 daripada 4.9545/9602 dan mengukuh berbanding pound kepada 5.6865/6923 daripada 5.6992/7056.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini