Dagangan ringgit ditutup lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Dagangan ringgit ditutup lebih tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini disokong oleh disokong oleh kenaikan harga minyak, kata penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit meningkat sebanyak 60 mata asas kepada 4.1320/1350 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1410 pada Khamis.

Penganalisis berkata, sentimen yang lebih baik untuk ringgit juga didorong oleh data yang menunjukkan pertumbuhan eksport yang kukuh pada April 2021.

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan hari ini berkata, eksport April kekal melebihi RM100 bilion untuk bulan kedua berturut-turut, melonjak 63 peratus kepada RM105.62 bilion bagi bulan berkenaan.

Menurut kementerian, ia adalah pertumbuhan terpantas sejak Februari 1998, menandakan pengembangan dari tahun ke tahun bulan kelapan berturut-turut sejak September 2020.

Penganalisis berkata, sentimen positif yang berterusan itu menyebabkan pelabur kembali yakin dan meningkatkan prestasi ringgit untuk hari ini.

Ketika berita ini ditulis, penanda aras harga minyak mentah Brent naik 0.30 peratus kepada AS$69.67 setong.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.
Ringgit melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.1213/1293 daripada paras penutup 3.1258/1293 pada Khamis, tetapi mengukuh berbanding euro kepada 5.0344/0385 daripada 5.0450/0499, manakala naik berbanding yen kepada 3.7598/7629 daripada 3.7890/7925.
Ia bagaimanapun susut berbanding pound kepada 5.8604/8651 daripada 5.8424/8479.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini