FBS Menjadi Rakan Kerjasama Utama Kelab Leicester City - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

FBS Menjadi Rakan Kerjasama Utama Kelab Leicester City

Kami sangat teruja dan dengan berbesar hati ingin kongsikan beberapa berita baik dengan anda. Mulai dari musim 2021/2022, FBS akan menjadi Rakan Kerjasama Utama Leicester City, sebuah kelab bola sepak ikonik dalam Liga Perdana Inggeris! Kini, The Foxes, nama jolokan untuk para atlitnya, akan turun ke padang dengan memakai jersi berlogo FBS. Leicester City akan bermain dengan jersi FBS ini sepanjang musim hadapan.

Salah satu kelab yang paling berbisa di England. Juara Liga Perdana Inggeris 2015/2016. Pemenang Piala FA 2020/2021. Dan kini rakan kerjasama kami!

Ini langkah baru dalam sejarah FBS. Dalam tempoh tiga tahun yang akan datang, kami akan menjalin satu sinergi kerjasama yang menarik. Acara-acara yang menarik, kolaborasi, promosi baru, hadiah, dan banyak lagi menanti anda. 

FBS dengan ini berbangga mengumumkan kerjasama terbaru dengan Kelab Bola Sepak Leicester City. Syarikat sudah menandatangani perjanjian tiga-tahun yang akan menyatukan salah satu kelab bola sepak paling berpotensi dan meraikan pasukan bola sepak dengan salah satu jenama terbesar dunia.

Untuk menghebahkan kerjasama ini kepada masyarakat umum, pasukan yang digelar The Foxes itu akan memakai jersi berlogo FBS pada perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris bagi musim 2020/2021.

Leicester City sebuah kelab bola sepak dengan sejarah sepanjang 130 tahun, menjadi Juara Liga Perdana 2015/2016, pelbagai lagi kejayaan dan aspirasi. Kami berharap kerjasama ini akan membawa kegembiraan kepada peminat LCFC dan para pelanggan FBS!


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini