Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
JustForex

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS pagi ini kerana kekurangan petunjuk baharu, sekali gus menyaksikan kebanyakan pelabur tidak memasuki pasaran, kata seorang peniaga.

Pada pukul 9.05 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.1390/1450 berbanding dolar AS daripada 4.1390/1430 pada penutupan hari Jumaat minggu lalu.

Menurut Kenanga Research, ringgit dijangka diniagakan dalam julat tidak menentu antara paras 4.116 dan 4.158 minggu ini di tengah-tengah pengumuman langkah-langkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang lebih ketat, bermula 25 Mei.

"Walaupun prospek dolar AS lemah, keadaan COVID-19 domestik yang semakin buruk dan ketidaktentuan pasaran minyak boleh menyebabkan pelabur menjauhkan diri daripada pasaran mata wang tempatan.

"Namun, prestasi kukuh perdagangan Malaysia yang dijangka berterusan akan membantu menyokong ringgit, " katanya dalam catatan penyelidikan hari ini.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1076/1123 daripada penutupan minggu lepas 3.1099/1141 dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.8538/8639 daripada 5.8832/8897 sebelumnya.

Unit tempatan juga meningkat berbanding euro kepada 5.0409/0499 daripada 5.0595/0656 pada Jumaat dan naik berbanding yen kepada 3.7983/8041 daripada 3.8074/8118 pada penutupan Jumaat lepas.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini