Harga minyak kukuh pacu kenaikan ringgit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak kukuh pacu kenaikan ringgit




KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan penurunan mata wang AS dan harga minyak yang lebih baik.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1250/1280 berbanding dolar AS daripada 4.1290/1325 pada penutupan Isnin.

Penanda aras minyak mentah Brent naik 0.82 peratus kepada AS$70.03 setong.

Rakan Pengurusan Global SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata jangkaan berhubung pemulihan semula aktiviti ekonomi di Kesatuan Eropah turut menyokong harga komoditi seperti tembaga yang meningkat 1.5 peratus semalaman.

"Kebiasaannya, situasi ini akan menjadi persekitaran yang sihat untuk sentimen ringgit, tetapi pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terbaharu terus menjejaskan cita-cita yang tinggi secara terang-terangan," katanya.
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ringgit merosot sedikit berbanding dolar Singapura pada 3.1010/1038 daripada 3.0915/0953 pada Isnin, dan susut berbanding yen pada 3.7868/7903 daripada 3.7808/7847.

Unit tempatan itu juga jatuh berbanding pound Britain kepada 5.8583/8646 daripada 5.8223/8289 semalam dan turun berbanding euro kepada 5.0391/0444 daripada 5.0184/0235.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini