Kes COVID-19 meningkat, ringgit ditutup lemah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Kes COVID-19 meningkat, ringgit ditutup lemah




KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kekurangan sokongan belian dalam keadaan kes COVID-19 yang melonjak.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu merosot kepada 4.1290/1325 berbanding dolar AS daripada 4.1230/1280 sewaktu ditutup pada Rabu lalu.

Rakan Pengurusan Global SPI Asset Management, Stephen Innes, berkata ringgit diniagakan rendah, mencari sedikit sokongan daripada hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang rendah dan penyusutan dolar AS selepas jualan runcit AS yang lemah daripada dijangkakan pada Jumaat lalu.

"Ringgit diniagakan lemah hari ini berikutan jualan besar-besaran umum di pasaran tukaran asing Asia tempatan dengan Singapura mengenakan semula sekatan perjalanan dan langkah Taiwan yang melarang perhimpunan selepas peningkatan mendadak jumlah kes, peringatan bahawa kita masih dalam bahaya," katanya.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0915/0953 daripada 3.1023/1073 pada Rabu lepas, naik berbanding pound Britain kepada 5.8223/8289 daripada 5.8279/8353, dan mengukuh berbanding yen kepada 3.7808/7847 daripada 3.7909/7966 sebelum ini.

Bagaimanapun, ia susut berbanding euro kepada 5.0184/0235 daripada 5.0028/0102 sebelum ini.
Pasaran tukaran mata wang asing tempatan ditutup pada Khamis dan Jumaat lalu bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini