Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

 


Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penurunan semalam berbanding dolar AS hari ini berikutan unit negara maju terus mengukuh berbanding mata wang Asia yang lain.

Keadaan ini berlaku meskipun indeks dolar AS menyusut sedikit selepas kenyataan Presiden Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell yang memihak kepada kadar faedah rendah, menyebabkan peniaga berpendapat kadar faedah AS berkemungkinan akan meningkat, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan merosot kepada 4.1620/1665 berbanding dolar AS daripada 4.1600/1640 sewaktu ditutup pada Rabu.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kalangan perniagaan di negara maju mengekalkan sentimen optimis susulan beberapa laporan Indeks Pengurus Pembelian yang dikeluarkan semalam.

"Perbincangan mengenai inflasi dilihat akan menjadi tema utama berikutan pemilik bank pusat berbelah bahagi bilakah akomodasi dasar monetari boleh ditamatkan.


"Dengan petunjuk ekonomi menunjukkan pemulihan yang berkekalan, inflasi yang lebih tinggi mungkin bukan fenomena sementara, sehubungan itu, mata wang pasaran sedang pesat membangun dijangka kekal tidak stabil dalam masa terdekat," katanya.


Sementara itu, peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berpendapat, selepas keadaan turun naik itu, dolar AS tidak berubah berbanding ringgit pada masa ini berikutan ketidakpastian terhadap inflasi AS dan pembukaan semula sempadan Malaysia, yang akan mengambil masa lebih lama daripada dijangka.

"Pelabur akan memantau keluaran dalam negara kasar AS dan data Tuntutan Pengangguran Awal untuk hala tuju pasaran.

"Dari segi teknikal, pelepasan melebihi paras 4.1600 akan memberi isyarat bahawa dolar mengukuh dan mata wang AS boleh mencecah 4.1750 pada beberapa minggu akan datang," katanya.

Sewaktu dibuka, ringgit kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain kecuali berbanding pound Britain.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0919/0955 daripada 3.0929/0964 sewaktu ditutup pada Rabu, meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.7485/7526 daripada 3.7488/7527 dan naik berbanding euro kepada 4.9653/9706 daripada 4.9670/9718.

Sebaliknya, unit tempatan merosot berbanding pound Britain kepada 5.8106/8169 daripada 5.8078/8134 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini