Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong oleh pengukuhan harga minyak mentah, sementara perang dagang yang semakin ketara antara China dan AS telah menjejaskan kehendak risiko terhadap dolar AS.

Pada jam 6 petang, unit tempatan pulih kembali kepada paras 4.1580/1610 berbanding dolar AS daripada 4.1600/1640 pada penutupan semalam.

Seorang penganalisis berkata, harga minyak mentah Brent yang lebih tinggi sedikit sebanyak memberi sokongan kepada mata wang tempatan sementara makluman terkini mengenai duta China ke AS akan meninggalkan negara itu selepas lapan tahun berkhidmat turut membantu ringgit berserta mata wang Asia lain yang pada masa ini amat sensitif terhadap berita-berita luar negara.

"Duta besar China memberi isyarat bahawa hubungan antara kedua-dua ekonomi berada di persimpangan kritikal dan dasar China AS sedang mengalami satu lagi pusingan penstrukturan semula, berhadapan dengan pilihan antara mengadakan dialog dan kerjasama atau konfrontasi dan konflik," katanya.

Ketika ini, harga minyak mentah Brent meningkat 0.16 peratus kepada AS$75.31 setong.

Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Unit tempatan itu mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.8050/8092 daripada 5.8078/8134 dan lebih tinggi berbanding euro kepada 4.9655/9691 daripada 4.9670/9718.

Bagaimanapun, ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0949/0974 daripada 3.0929/0964 semalam dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.7507/7534 daripada 3.7488/7527 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini