Ringgit diniaga lebih kukuh berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit diniaga lebih kukuh berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila pelabur yang melihat kepada data inflasi terkini AS yakin bahawa peningkatan harga mungkin hanya sementara, kata penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada 4.1070/1100 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1200/1220 pada Khamis.

Kadar inflasi di AS melonjak ke paras tertinggi sejak 2008 di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19.

"Pasaran buruh AS belum pulih sepenuhnya lagi, dan Rizab Persekutuan tidak terikat untuk mengubah dasarnya sehingga pekerjaan kembali kepada tahap sebelum COVID-19," katanya.

Purata data tuntutan pengangguran AS empat minggu disemak semula sehingga 405,000 tuntutan daripada 385,000, sementara tuntutan pengangguran minggu ini pada 376,000, mengatasi jangkaan melebihi 370,000.

Sementara itu, ringgit ditutup kebanyakannya lebih tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Unit tempatan naik berbanding yen kepada 3.7500/7531 daripada 3.7622/7640 semalam, menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.1034/1059 berbanding 3.1085/1102 dan meningkat berbanding euro kepada 4.9908/9945 daripada 5.0120/0144.

Bagaimanapun, ringgit susut berbanding pound British kepada 5.8094/8140 daripada 5.8084/8112 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini