Ringgit ditutup lebih rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit mengakhiri kenaikannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila ditutup rendah pada Selasa, di samping mata wang Asia Tenggara lain berikutan situasi buruk COVID-19 di semua negara telah menjejaskan sentimen, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.1510/1530 daripada 4.1445/1495 sewaktu ditutup pada Isnin.

Penganalisis Kanan OANDA bagi Pasaran Asia Pasifik, Jeffrey Halley, berkata baht, ringgit dan rupiah kekal berada di bawah tekanan dan keadaan itu dijangka berlarutan sepanjang minggu ini.

"Dolar AS/ringgit diniagakan pada 4.1500 hari ini dan boleh diuji semula pada 4.1650 minggu ini. Unit negara maju/Asia akan kekal di bawah tekanan pada minggu ini," katanya.

Ketika ditutup, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.7516/7544 daripada 5.7700/7769 pada penutupan Isnin dan menokok berbanding euro kepada 4.9434/9458 daripada 4.9481/9541.

Bagaimanapun, ia rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0883/0900 daripada 3.0865/0906 yang dicatatkan semalam, dan unit tempatan merosot berbanding yen kepada 3.7538/7560 daripada 3.7439/7484 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini