Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini selepas disokong oleh pengukuhan harga minyak melebihi AS$71 setong.

Minyak mentah Brent naik 0.14 peratus kepada US$71.45 setong.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu melonjak kepada 4.1235/1250 berbanding dolar AS daripada 4.1240/1250 ketika ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata peserta pasaran kebanyakannya sudah merangkumkan sekatan penuh yang dikuatkuasakan di seluruh negara dan kerajaan juga telah menjelaskan peringkat-peringkat yang akan diadakan bagi membendung jangkitan COVID-19.

Kejayaan pelaksanaan langkah sekatan akan meningkatkan keyakinan ke atas mata wang tempatan itu.
Sementara itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit berada pada 3.1154/1167 berbanding dolar Singapura daripada 3.1153/1163 semalam dan jatuh berbanding euro kepada 5.0323/0342 daripada 5.0226/0238.

Ringgit juga menyusut berbanding yen kepada 3.7603/7620 daripada 3.7565/7579 dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.8533/8559 daripada 5.8322/8336.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini