Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

 


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin berikutan mata wang AS itu mengukuh selepas mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada minggu lalu.

Pada 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.1450/1480 berbanding dolar AS daripada 4.1380/1410 semasa ditutup pada Jumaat lalu.

Penganalisis berkata, Rizab Persekutuan AS membayangkan bahawa ia mungkin perlu menaikkan kadar faedah pada akhir 2022 berbanding unjuran awal 2023, sekali gus menyebabkan pelabur menarik diri daripada pasaran ekuiti dan komoditi untuk mendapatkan aset selamat seperti dolar AS.

Seorang lagi penganalisis berkata, dolar diniagakan selama 15 bulan berbanding mata wang utama dan mengukuh berbanding pasaran Asia Pasifik pesat membangun, termasuk ASEAN.

Ringgit menjejak mata wang serantau mengukuh berbanding dolar AS

"Mata wang ASEAN dilihat lebih sensitif kepada risiko isu luaran, terutamanya dari negara seperti AS dan China," katanya.

Pada penutup, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0841/0868 daripada 3.0851/0875 semasa ditutup pada Jumaat lalu dan naik berbanding pound kepada 5.7495/7537 daripada 5.7526/7568 sebelum ini.

Berbanding yen, ringgit susut kepada 3.7641/7671 daripada 3.7570/7598 pada Jumaat lalu dan rendah berbanding euro kepada 4.9321/9357 daripada 4.9308/9344 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini