Ringgit merosot berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit merosot berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit terus susut berbanding dolar US pada penutup hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu meningkat mendadak selepas Rizab Persekutuan AS (Fed) mengemukakan jangkaan kadar faedah.

Pada 6 petang, unit tempatan merosot 235 mata asas kepada 4.1390/1400 berbanding dolar AS, daripada 4.1155/1180 semasa ditutup pada Rabu.

Penganalisis Pasaran Kanan OANDA Jeffrey Halley berkata kenaikan dolar US semalaman turut menyebabkan banyak mata wang utama berada pada paras menarik dengan potensi penurunan pada masa depan.

"Secara keseluruhannya, pergerakan dalam pasaran mata wang semalaman dilihat kurang menggalakkan.

"Bagaimanapun, kita perlu melihat reaksi hari ini dari Eropah dan AS untuk mengesahkan sama ada kita menyaksikan peralihan jangka sederhana dalam prospek dolar AS selepas mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).

"Tahun 2020/2021 dilihat situasi dijangka bertambah baik, sebaliknya tidak dan saya belum menolak kemungkinan itu," kata Halley dalam nota penyelidikan.

Dalam negara, jumlah vaksinasi harian Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan menunjukkan trend positif berikutan ia terus mengatasi sasaran 200,000 dos sehari, dengan 204,839 dos lagi diberikan semalam.

"Kami berharap ini dapat terus membantu menyokong ringgit dan sentimen tempatan pada masa depan sejajar dengan jangkaan prestasi perdagangan dan pelaburan langsung asing yang lebih baik pada suku kedua yang dijangka diumumkan tidak lama lagi," kata seorang penganalisis.

Pada penutup, ringgit tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0918/0930 daripada 3.1032/1053 semasa ditutup pada Rabu dan meningkat berbanding yen kepada 3.7389/7402 daripada 3.7431/7453.

Ia naik berbanding pound kepada 5.7826/7840 daripada 5.8090/8126 semalam dan mengukuh berbanding euro kepada 4.9465/9477 daripada 4.9896/9927 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini