Apakah kelebihan paper trading (Trading di atas kertas)? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

 


Apakah kelebihan paper trading (Trading di atas kertas)?


Apakah kelebihan  paper trading (Trading di atas kertas)?

Paper trading adalah demo atau latihan trading di mana trader boleh trade di pasaran sebenar, menguji strategi yang ada tanpa sebarang risiko dalam melakukannya.

Jadi apakah faedah paper trading untuk kedua-dua trader yang baru bermula dan juga trader yang telah berpengalaman?

1. Mengasah kemahiran trading tanpa sebarang risiko kewangan. Anda akan trade berdasarkan suapan harga masa sebenar dan mempunyai alat trading yang sama seperti yang digunakan dalam trading secara langsung.

2. Untuk membentuk tabiat trading yang sihat dan berkesan. Sebelum mempunyai akaun sebenar, anda boleh menggunakan semua cara trading dengan lancar pada akaun demo, dan kemudian meneruskannya sehingga rutin itu menjadi satu kebiasaan.

3. Belajar mengawal risiko trading tanpa mempertaruhkan wang sebenar. Pengurusan risiko sangat penting untuk keuntungan jangka panjang di pasaran, dan ini akan membantu anda memahami konsep yang kompleks .

4. Cari pasaran yang paling sesuai untuk strategi trading anda. Pasaran komoditi sifatnya  berbeza daripada pasaran pasangan mata wang, dan saham sifatnya berbeza daripada mata wang kripto. Trader harus terlebih dahulu menumpukan perhatian pada pasaran yang mereka berminat untuk mendalami dan mempelajarinya dengan lebih lanjut.

5. Membolehkan anda membiasakan diri dengan platform trading yang kompleks yang dilengkapi dengan begitu banyak ciri, sehingga anda merasa selesa sepenuhnya. 

6. Membolehkan menguji kedua-dua strategi trading anda ke belakang dan ke hadapan.

Anda pernah menjalankan paper trading sebelum ini?  Jika anda pernah melakukannya, bagaimanakah ia bermanfaat dalam amalan trading anda? 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini