Harga minyak gagal sokong kenaikan ringgit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak gagal sokong kenaikan ringgit




KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat meskipun harga minyak mentah meningkat semula.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.1895/1940 berbanding dolar AS daripada 4.1815/1830 ketika ditutup pada Khamis.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata ringgit bagaimanapun dijangka memperoleh sokongan daripada pengukuhan harga minyak mentah Brent susulan stok bekalan minyak mentah berkurangan.

Ketika laporan ini ditulis, harga minyak mentah Brent meningkat 0.98 peratus kepada AS$74.85 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.7798/7860 daripada 5.7592/7612 ketika ditutup pada Khamis, dan lemah berbanding euro kepada 4.9667/9720 daripada 4.9480/9497.

Ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 3.8076/8120 daripada 3.8045/8062 semasa penutupan Khamis, serta rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0953/0991 daripada 3.0928/0942.
-BERNAMA

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini