Pasang impian. Tetapkan sasaran. Bertindak. - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

 


Pasang impian. Tetapkan sasaran. Bertindak.


Kisah kejayaan Geoffrey James yang menginspirasikan

Ramai dari pedagang FBS adalah profesional yang menunjukkan hasil yang luar biasa. Kami dengan berbesar hati ingin kongsikan dengan anda satu lagi kisah kejayaan yang menginspirasikan. Kenali "star trader" kami Ignatius Geoffrey James dari Jakarta, Indonesia.

Usaha pertama dan daya pendorong

Jalan panjang dan berliku Geoffrey menuju kejayaan bermula pada tahun 2006 bila mana beliau berkerja di sektor perbankan. Oleh kerana semua persekitaran kerja beliau sejak dari awal lagi sudah berkaitan dengan kewangan, beliau mulai tertarik dengan pasaran Forex. Beliau menjelaskan, "Motivasi awal saya adalah untuk menghasilkan pendapatan sampingan."

Pedagang ini masih ingat akan hari-hari awal perdagangan beliau. Beliau memperoleh sejumlah besar keuntungan pertamanya hanya dengan berdagang sejurus sebelum krisis kewangan global terjadi pada tahun 2008. Ketika itu, beliau percaya bahawa pelaburan dan perdagangan mampu menjanjikan masa depan yang cerah dan kebebasan kewangan.



Broker kegemaran, copy trading, dan pendapatan pasif

Pada tahun 2019 Geoffrey memilih untuk menyertai FBS kerana mudah untuk membuka akaun dan memulakan perdagangan. Setahun kemudian, beliau kongsikan akaunnya ke FBS CopyTrade. Sejak dari itu beliau telah mencapai kemajuan yang besar dan mencapai kejayaan yang nyata. Kini jumlah dana yang dilaburkan ke atas beliau adalah sekitar $70,000.

Geoffrey berasa bertanggungjawab terhadap pelabur yang meniru urusniaga beliau. Itulah sebabnya mengapa beliau berdagang dengan sangat berhati-hati. Beliau menyukai FBS CopyTrade kerana antaramukanya yang mesra pengguna dan berharap dapat melihat pengkamiran elemen komunikasi sosial ke dalam aplikasi tersebut.


Strategi perdagangan, keterujaan, dan ganjaran yang lumayan

Geoffrey menggambarkan gaya perdagangannya sebagai "mengikuti trend." Ketika berdagang, beliau tidak menggunakan banyak alat untuk membuat unjuran. Dia bertindak berdasarkan kemahiran menganalisis, kecenderungan, dan naluri. Pedagang itu mendakwa, "Gagal mendisiplinkan diri hanya akan membawa kepada kehancuran."

Strategi perdagangan beliau yang utama adalah dengan menyeimbangkan antara risiko dan keuntungan sambil mengekalkan perkara yang paling penting – psikologi – yang positif.

Perdagangan telah mengubah kehidupan seharian Geoffrey menjadi lebih baik. Kata beliau, "Saya seorang lelaki berkeluarga yang biasa, yang sangat menghargai masa yang dihabiskan bersama keluarganya." Oleh itu, beliau mencari hobi yang fleksibel yang boleh dilakukannya bila-bila dan di mana sahaja. Nampaknya beliau berjaya menjana pendapatan tambahan tanpa bekerja 9 jam 5 hari seminggu. Geoffrey mendakwa, "Perdagangan memberikan saya keterujaan dan ganjaran yang lumayan." Geoffrey juga gemar bermain game, melancong dan bertemu orang.


Perdagangan adalah maraton, bukan acara pecut

Geoffrey menggolongkan dirinya sebagai “swing trader”, yang tidak menghabiskan masa berjam-jam di depan carta. Beliau berdagang hanya apabila beliau mempunyai masa lapang untuk itu. Walaupun, beliau telah belajar berdagang selama 15 tahun dan terus menemukan hal-hal yang baru mengenai pasaran.

Pedagang percaya, "Setiap pedagang Forex harus sedia untuk menerima sebarang bentuk kesudahan – sama ada untung atau rugi." Baginya, pendekatan yang terbaik bila berdagang adalah dengan berlapang dada dan untuk tidak pernah berputus asa.

Geoffrey tahu bahawa tidak ada kejayaan yang mampu dicapai dalam sekelip mata. Nasihatnya untuk golongan pemula baru adalah untuk terus belajar dan bersabar. Kesimpulannya, Geoffrey menyatakan, "Perdagangan adalah maraton, bukan acara pecut. Konsistensi adalah kunci untuk menang dalam permainan ini."

ID pedagang ini di FBS CopyTrade adalah @HumanoidID




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini