Strategi perdagangan ajaib dengan Ichimoku - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Strategi perdagangan ajaib dengan Ichimoku


Apabila anda pertama kali melihat indikator Ichimoku, mata anda mungkin terasa pedih. Lihat sahaja gambar di bawah.

Semoga garisan tajam dan jalur berbelang ini tidak menakutkan anda! Di dalam artikel ini, kami akan mengajar anda bagaimana cara menggunakan alat yang rumit ini untuk memperolehi keputusan perdagangan yang berhasil.  

Apa itu Ichimoku?

Ichimoku Kinko Hyo (Ichimoku) adalah petunjuk teknikal yang kompleks dan sangat sarat dengan maklumat. Dalam bahasa Jepun, ini bermaksud "melihat carta sekilas pandang dalam keseimbangan". Di dalam artikel ini, kami akan memberikan penjelasan ringkas mengenai matlamat indikator ini dan elemen-elemen yang diperlukan untuk strategi kita. Sekiranya anda ingin menyelami perdagangan dengan Ichimoku dengan lebih mendalam, kami mengesyorkan anda untuk meninjau Buku Panduan FBS .

Apakah komponen-komponen yang membentuk Ichimoku?

Ada lima bahagian yang utama pada indikator Ichimoku.

1. Kumo (Awan) – elemen penting pada indikator ini, yang dibentuk menggunakan 2 purata bergerak yang dinamakan Senkou Span A dan Senkou Span B. Bahagian awan yang berada di sebelah kanan harga semasa (di “masa depan”) menunjukkan imbangan kuasa di pasaran. Bahagian awan yang sejajar (aligned) dengan harga semasa bertindak sebagai sokongan dan rintangan untuk harga.

2. Kijun-sen (Garis asas) – MA jangka panjang 26 tempoh.

3. Tenkan-sen (Garisan ulang-alik) – MA jangka pendek 9 tempoh.

4. Chinkou Span (Garisan lat/lamban) – harga penutupan candlestick semasa yang telah dianjak ke belakang sebanyak 26 tempoh.

Bagaimanakah Ichimoku boleh dimanfaatkan?

Ichimoku sangat bagus apabila anda perlu mengenal pasti arah dan kekuatan tren. Ia juga membantu mengenal pasti aras sokongan dan rintangan. Yang paling penting bagi kita, Ichimoku boleh digunakan untuk membina sistem perdagangan yang berkesan.

Strategi untuk berdagang sehari (day trading) dengan Ichimoku dan Osilator Stokastik

Untuk strategi yang akan kami jelaskan di bawah, kami memerlukan Osilator Stokastik dengan tetapan khusus (custom settings) yang akan digunakan sebagai penyaring (filter).

Input asas untuk melaksanakan strategi ini

Rangka masa: harian (D1)

Pasangan mata wang: pasangan major

Indikator: Ichimoku (default);

 Osilator stokastik dengan tetapan seperti berikut:

%K period = 5; %D period = 3; Slowing = 3.

Peraturan untuk membuka posisi long

1. Tunggu harga tembus ke atas awan dan Kijun-sen (garisan biru). Harga harus ditutup di atas elemen-elemen Ichimoku ini. Dalam masa yang sama, Osilator Stokastik harus bersilang di zon terlebih beli (overbought).

2. Buka posisi Buy Stop pada harga pembukaan candlestick seterusnya.

3. Letakkan Renti Rugi permulaan anda 30 pip di bawah bar kemasukan. Setelah mencatat keuntungan sebanyak 60-80 pip, pindahkan Renti Rugi menjadi lebih dekat dengan titik masuk anda.

4. Letakkan Ambilan Untung anda dan tetapkan jaraknya dua kali lebih besar daripada jarak di antara titik masuk dan Renti Rugi.

Contoh: Pada carta harian EUR/USD, harga diniagakan di atas Kijun-sen dan awan. Pada 30 November, osilator stokastik bersilang di zon terlebih beli (overbought). Kami membuka posisi long pada harga pembukaan candlestick seterusnya iaitu di 1.1927. Renti Rugi diletakkan di 1.1897, iaitu 30 pip di bawah harga pembukaan. Ambilan Untung terletak di aras 1.1987 (60 pip dari titik masuk posisi).



Peraturan untuk membuka posisi short

1. Dalam kes ini, harga harus bergerak di bawah awan dan Kijun-sen (garis biru). Selepas harga tertutup di bawah garis ini, lihat osilator stokastik – garisnya akan bersilang di zon terlebih jual (oversold).

2. Buka posisi berhenti jual pada harga pembukaan candlestick seterusnya.

3. Letakkan Renti Rugi permulaaan anda 30 pip di atas bar kemasukan. Selepas harga jatuh 60-80 pip, gerakkan Renti Rugi lebih dekat dengan titik masuk.

4. Letakkan Ambilan Untung anda dua kali lebih besar daripada jarak antara titik masuk dan Renti Rugi.

Contoh: Pada carta harian EUR/USD yang sama, harga bergerak di bawah garis biru Ichimoku dan awan. Pada 25 Julai, osilator stokastik bersilang di zon terlebih jual (oversold). Kami telah membuka pesanan jual pada harga pembukaan candlestick seterusnya. Aras tersebut terletak di 1.1145. Kami letakkan Renti Rugi di 1.1175 (30 pip di atas titik masuk), sementara Ambilan Untung berada di 1.1085 (60 pip di bawah titik masuk).


Kesimpulan

Seperti yang boleh kita lihat, dengan strategi yang dibentangkan di atas, indikator Ichimoku tampak kurang mengerikan bagi seorang pedagang baru. Garis-garis yang ada boleh menunjukkan arah trend dengan tepat dan malah "meramalkan" momentum selanjutnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini