Strategi Scalping Ultra Pantas - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Strategi Scalping Ultra Pantas

Kami sering mendapat permintaan dari pedagang FBS tentang cara-cara untuk berscalping secara profesional. Ini sebenarnya gaya perdagangan yang sukar dan memerlukan tindakbalas serta kemahiran yang baik. Itulah sebabnya mengapa kami mengadakan liputan yang menyeluruh mengenai topik ini di laman web kami. 

Jika anda tinjau laman web kami, anda sudah pun boleh temui strategi yang menggunakan Jalur Bollinger dan strategi scalping 5 minit dengan dua purata bergerak di seksyen “Petua untuk Pedagang”. Kedua-duanya berkongsi satu persamaan: kedua-duanya menggunakan rangka masa M5. Pada rangka masa ini, pedagang berupaya melaksanakan beberapa urusniaga dalam tempoh satu jam. Sudah tentu, berdagang dengan rangka masa yang kecil memerlukan tumpuan dan kesabaran yang amat tinggi.

Namun bagaimana jika kami katakan bahawa anda boleh berdagang dengan lebih pantas lagi di rangka masa M1? Ya, ia boleh dilakukan! Namun, anda perlu mengikuti langkah-langkah yang tertentu untuk mengelakkan dari terpedaya dengan signal yang mengelirukan.  

Pertama sekali, pastikan strategi anda tidak rumit dan ia mempunyai peraturan masuk dan keluar.

Kedua, ketahui berapa banyak risiko yang boleh anda ambil. Pastikan ambilan untung anda sekurang-kurangnya dua kali lebih besar dari spread anda.

Ketiga, pilih pasangan yang paling cair dengan spread yang tipis (EUR/USD, GBP/USD, USD/CHF, USD/JPY).

Tips penting: anda sangat disyorkan untuk memilih akaun ECN untuk scalping. Ia menawarkan pelaksanaan pesanan yang pantas.

Sekiranya anda setuju dengan peraturan yang kami nyatakan di atas, mari lihat strateginya pula!

Strategi perdagangan "MACD + Jalur Bollinger"

Setup perdagangan: Jalur Bollinger dengan 100 tempoh, Jalur Bollinger dengan 20 tempoh, MACD (12; 9; 26).

Instrumen perdagangan: EUR/USD, GBP/USD.

Peraturan bagi entri beli:

1.Jalur Bollinger yang cepat (20) harus bergerak di bawah Jalur Bollinger yang perlahan (100).

2.MACD perlu melintasi garisan signal dari bawah ke atas di zon oversold (di bawah sifar).

3.Buka pesanan "Buy Stop" apabila syarat-syarat ini dipenuhi.

4.Letakkan Renti Rugi pada Jalur Bollinger bawah (20).

5.Sekiranya anda menggunakan pendekatan mengelakkan risiko sebaik mungkin, letakkan Ambilan Untung anda di sempadan atas Jalur Bollinger (20).

6.Bagi penggemar risiko pula, anda perlu menutup posisi anda apabila MACD melintasi garisan signal di atas sifar.

Mari kita lihat satu contoh.

Pada 30 Jun, kami telah dagangkan GBP/USD. Jalur Bollinger yang pantas bergerak di bawah yang perlahan. Kira-kira pukul 11:16, kami buka posisi pada aras 1.1892 setelah garisan signal MACD melintasi indikator itu di zon oversold. Renti Rugi terletak di aras 1.1884 (Jalur Bollinger (20) bawah), sementara Ambilan Untung diletakkan berdekatan Jalur Bollinger (20) atas di 1.1898.

Peraturan bagi entri jual:

1.Jalur Bollinger yang pantas (20) harus bergerak di atas Jalur Bollinger yang perlahan (100).

2.MACD perlu melintasi garisan signal dari atas ke bawah di zon overbought (di atas sifar).

3.Buka pesanan "Sell Stop" apabila syarat-syarat ini dipenuhi.

4.Letakkan Renti Rugi pada Jalur Bollinger (20) atas.

5.Peraturan untuk pedagang konservatif: cari Ambilan Untung anda di sempadan bawah Jalur Bollinger (20).

6.Peraturan untuk penggemar risiko: tutup kedudukan anda apabila MACD melintasi garisan signal di bawah sifar.

Pada carta yang sama, situasi pada 30 Jun membolehkan kami menjual pasangan tersebut. Setelah garisan signal MACD melintasi indikator tersebut di zon overbought dan BB (20) yang pantas mula bergerak di atas yang perlahan (100), kami membuka posisi di 1.1906. Kami meletakkan Renti Rugi pada 1.1907 dan Ambilan Untung pada 1.1898.

Kesimpulan

Scalping di rangka masa M1 bukanlah teknik yang popular memandangkan risiko yang terlibat. Anda perlu menjadi seseorang yang membuat keputusan dengan cepat, manusia tanpa emosi, yang berfikir ke depan dan memahami tindakan yang dilakukannya. Kami mengesyorkan agar anda menguasai strategi perdagangan di atas di akaun demo terlebih dahulu. Dengan cara ini, anda pasti akan menjadi profesional dalam scalping.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini