Lonjakan kes COVID-19 terus jejaskan ringgit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Lonjakan kes COVID-19 terus jejaskan ringgit


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila sentimen belian bagi unit tempatan itu menyusut selepas Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 tertingginya hari ini.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.2180/2205 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2140/2190 pada Khamis.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata unit tempatan terus berdepan tekanan hari ini meskipun peningkatan harga minyak mentah Brent apabila kebimbangan terhadap peningkatan kes COVID-19 terus membayangi prospek pertumbuhan ekonomi.

Malaysia merekodkan 20,889 kes jangkitan baharu COVID-19 hari ini, yang tertinggi sejak pandemik itu bermula tahun lalu.

Sementara itu, pada penutup dagangan, unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8415/8442 daripada 3.8456/8505 pada Khamis dan naik berbanding euro kepada 4.9815/9844 daripada 4.9868/9928 sebelumnya.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1219/1240 daripada 3.1206/1247 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.8685/8720 daripada 5.8655/8724 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini