Mengapa Identifikasi Pelanggan dan Pengesahan Penting untuk Perdagangan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
JustForex

Mengapa Identifikasi Pelanggan dan Pengesahan Penting untuk Perdagangan

Apabila anda menyertai FBS, atau mana-mana syarikat kewangan, oleh itu, anda perlulah melepasi satu proses pengesahan untuk membolehkan anda mendapat akses penuh kepada perkhidmatan tersebut. Anda mungkin merasakan ia sesuatu yang menjengkelkan dan juga tiada keperluan. Namun, pada hari ini, dengan Internet telah menjadi laman utama untuk semua urusniaga, lebih ramai pengguna akanterdedah dan menjadi mangsa penipuan. Justeru, mana-mana platform harus mempunyai cara tertentu untuk melindungi pelanggan mereka daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Di FBS, kami mempercayai bahawa pengesahan pelanggan adalah sangat penting demi keselamatan. Kami akan beritahu anda sebabnya!

Mengapa kami memerlukan ID dan pengesahan kad?

FBS mematuhiKetahui Pelanggan Anda dan peraturan Anti Pengubahan Wang Haram. Ini adalah bertujuan untuk melindungi identiti anda daripada berlakunya kecurian dan syarikat – daripada melakukan jenayah serta pengubahan wang haram. Untuk mematuhi peraturan ini, FBS memerlukan pelanggan untuk memberikan bukti identiti dan alamat mereka dan juga untuk mengesahkan kad bank yang mereka gunakan bagi operasi kewangan.

Mari kita mulakan dengan ID anda dan maklumat kad. Penyedia khidmat kewangan melakukan pengesahan pelanggan bagi memastikan pelanggan mereka memberikan maklumat yang tepat berkenaan identiti mereka. Kenapa ia diperlukan?

1. Perlindungan terhadap dana pelanggan

Dengan ID dan pengesahan kad. kami boleh memastikan bahawa tidak ada individu lain yang akan mengeluarkan wang pelanggan. Walaupun begitu, terdapat beberapa kes, penjenyah memperolehi maklumat akaun anda, dan dengan sistem pengesahan kad yang ada, kad anda akan menjadi sumber tunggal untuk anda mengeluarkan dana.

2. Perlindungan kepada individu di bawah umur

Kami perlu memastikan individu yang menggunakan perkhidmatan kami itu merupakan diri mereka sendiri bukan individu lain. Ini bermakna kami melindungi mana-mana individu di bawah umur daripada – sengaja atau tidak sengaja – memasuki pasaran. Kami memahami bahawa dunia kewangan sangat mempersonakan, tetapi ia bukanlah tempat kepada individu yang kurang berpengalaman. Di FBS, anda hanya boleh menjadi pelanggan kami setelah berumur 18 tahun.

3. Reputasi syarikat dan aktiviti

Pernahkah anda mendengar pepatah “Dalam setandan pisang tidak semua elok?” digunakan untuk menolak sesuatu yang buruk? Namun, pepatah tersebut telah banyak disalahgunakan! Pepatah yang lebih tepat ialah: “Kerana nila setitik rosak susu sebelanga”.

Dengan pelbagai perkhidmatan yang kami sediakan melibatkan banyak bidang kuasa, kami mahu memastikan bahawa segala aktiviti kami tidak pernah meragukan atau, minta dijauhkan, menjadi jenayah kerana ia akan memberi kesan kepada pelanggan kami. Jika pelanggan menggunakan FBS untuk melakukan aktiviti pengubahan wang haram atau apa-apa aktiviti jenayah, aktiviti kami di benua tersebut akan digantung. Ini bermakna dana akan disekat, platform dagangan tidak dapat digunakan, dan semua pelanggan kami di benua tersebut juga akan menerima akibatnya. Itu merupakan senario terburuk dan kami tidak akan benarkan ia daripada berlaku!

Itu merupakan sebab utama mengapa kami menyemak dengan teliti semua pelanggan kami: untuk melindungi semua pelanggan daripada apa-apa aktiviti yang melanggar undang-undang. Seorang pelanggan yang bermasalah tidak akan merosakkan perkhidmatan kewangan FBS terhadap semua orang – tidak akan sesekali terjadi selagi kami ada di sini!

Anda boleh daftar menggunakan jaringan sosial anda – dan ia 100% selamat

Keseluruhan proses ini mungkin nampak menjengkelkan bagi sesetengah individu, dan kami sangat memahaminya! Berita baiknya ialah anda boleh menggunakan jaringan sosial anda untuk lebih mudah – gunakan akaun Facebook atau Google atau Apple ID!

Maklumatanda akan selamat memandangkan laman web atau perkhidmatan yang anda log masuk tersebut tidak akan mempunyai akses kepada maklumat di dalam akaun jaringan sosial anda. Mereka hanya boleh membuat permintaan kepada Facebook, Google, atau Apple untuk memperoleh sedikit maklumat seperti nama anda dan alamat emel. Mungkin terdapat permintaan tambahan untuk maklumat anda, tetapi jaringan tersebut akan sentiasa bertanya kepada anda untuk mendapatkan keizinan anda.

Kenapa deposit dan pengeluaran kadangkala mengambil masa yang lama untuk diproses?

Kebiasaanya, tempoh pengeluaran bergantung kepada sistem pembayaran yang anda gunakan. Sebagai contoh, kebiasaanya sistem elektronik seperti Skrill dan Perfect Money mengambil masa lebih kurang 30 minit untuk melengkapkan transaksi anda, manakala pengeluaran melalui pemindahan bank boleh mencapai sehingga 7-10 hari bekerja. Tempoh ini dinyatakan berdasarkan tempoh pemprosesan Jabatan Kewangan kami dan juga tempoh sistem pembayaran tersebut.

Seperti yang telah dinyakan di atas, terdapat beberapa sebab kami menyemak ID pelanggan secara teliti dan juga memantau segelintir aktiviti mereka. Operasi kewangan merupakan bahagian penting dalam kerja kami, dan kami akan melakukan yang terbaik bagi memastikan pengeluaran kami menjadi pantas dan menyenangkan.

Jabatan Kewangan kami akan memproses semua transaksi dengan cermat dan akan sentiasa menyemak segala aktiviti yang melanggar undang-undang. Atas sebab ini, tiada individu boleh menggunakan kad kredit yang dicuri untuk melakukan deposit kepada akaun mereka di FBS atau cuba mendapatkan akses kepada akaun FBS anda dan melakukan pengeluaran dana kepada kad mereka sendiri.

Kami berharap artikel ini bermanfaat untuk anda! Jika anda berdepan masalah untuk melengkapkan proses pengesahan FBS atau deposit/pengeluaran, jangan ragu-ragu untuk menghubungi pasukan sokongan 24/7 kami di Live Chat atau di support@fbs.com. Kami sentiasa gembira untuk membantu anda dan menjawab segala pertanyaan anda.

Keselamatan anda merupakan kepentingan utama kami!

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini