Penurunan harga minyak jejaskan ringgit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Penurunan harga minyak jejaskan ringgit



KUALA LUMPUR: Ringgit merosot untuk dibuka rendah pada Rabu berikutan harga minyak mentah Brent ditutup rendah.

Pada 9.06 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.2260/2290 berbanding dolar AS daripada 4.2185/2215 semasa ditutup semalam.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata penurunan semalaman harga minyak mentah Brent adalah berikutan penularan varian Delta COVID-19 di China, memberi ancaman untuk menjejaskan pemulihan dalam penggunaan minyak mentah dunia.

"Selain itu, pelabur dijangka turut mengambil kira perkembangan politik terkini di negara ini," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, unit tempatan turut diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ringgit merosot berbanding yen Jepun kepada 3.8774/8805 daripada 3.8638/8666 dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1274/1298 daripada 3.1223/1247 semasa ditutup semalam.

Ringgit susut berbanding euro kepada 5.0137/0173 daripada 5.0128/0164 dan rendah berbanding pound kepada 5.8771/8813 daripada 5.8696/8738.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini