Dagangan ringgit berakhir lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Dagangan ringgit berakhir lebih tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu tetapi kekal dalam jajaran dagangan ketat ekoran penurunan harga minyak.

Pada 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.2180/2230 berbanding dolar AS daripada paras 4.2185/2215 ketika ditutup pada Selasa

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim, berkata jumlah kes harian COVID-19 di negara ini, yang mencapai rekod tertinggi sebanyak 9,819 kes telah membawa kepada dagangan tidak berubah bagi mata wang tempatan itu.

Pada masa yang sama, pelabur juga sedang meneliti perkembangan politik terkini di negara ini.

"Harga minyak mentah Brent, yang mempunyai kesan sebab dan akibat terhadap ringgit - juga menurun kerana peningkatan penyebaran varian Delta COVID-19 di negara-negara pengguna utama mengimbangi kesan positif daripada penurunan inventori minyak di Amerika Syarikat," katanya pada Bernama.

Hari ini, harga minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras antarabangsa berada pada AS$72.38 setong.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.8633/8679 daripada 3.8638/8666 pada Rabu dan mengukuh berbanding euro kepada 5.0017/0076 daripada 5.0128/0164.

Bagaimanapun, ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1265/1305 daripada 3.1223/1247 pada Selasa dan susut berbanding pound Britain kepada 5.8778/8848 daripada 5.8696/8738.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini