Ringgit kembali meningkat - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
JustForex

Ringgit kembali meningkat


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan kewujudan semula minat belian ke atas unit tempatan, menurut peniaga.

Pada 6 petang, ringgit menokok 80 mata asas kepada 4.2300/2330 daripada dolar AS berbanding 4.2380/2420 sewaktu ditutup pada Rabu.

Beliau berkata, harga minyak global yang lebih baik turut mendorong ringgit untuk ditutup tinggi dengan penanda aras minyak mentah Brent berada pada AS$71.73 setong, meningkat 0.41 peratus.

"Kami menjangka ringgit untuk berdepan tekanan berbanding dolar AS terutama selepas pembuat undang-undang AS telah bersetuju dengan rang undang-undang infrastruktur berjumlah AS$1.0 trilion bagi merangsang ekonomi negara, di samping kebimbangan terhadap kes harian COVID-19 yang tinggi di Malaysia," katanya.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit merosot berbanding yen Jepun kepada 3.8301/8332 daripada 3.8253/8292 sewaktu ditutup pada Rabu dan susut berbanding euro kepada 4.9660/9695 daripada 4.9623/9670 sebelum ini.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1174/1198 daripada 3.1159/1191 dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.8640/8682 daripada 5.8539/8595 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini