Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu berikutan sentimen negatif terus melemahkan mata wang AS itu, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan naik 150 mata asas (bps) untuk ditutup kepada 4.2010/2055 berbanding dolar AS daripada 4.2160/2190 semasa ditutup pada Selasa.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata dolar AS meneruskan aliran menurun berbanding mata wang lain selepas pembuat dasar Rizab Persekutuan AS (Fed) melihat wujud keperluan mengekalkan rangsangan kewangan sehingga keadaan ekonomi stabil.

"Komen itu nampaknya meningkatkan minat risiko dalam kalangan pelabur yang sudah mula mencari aset yang kurang selamat seperti ekuiti sambil menjual mata wang AS dalam proses itu.

"Menjelang hari Khamis ini, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS akan memberi petunjuk bahar mengenai kedudukan ekonomi AS," katanya.

Sementara itu, Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat 2.2 peratus tahun ke tahun pada Julai 2021 kepada 122.5 berbanding 119.9 pada bulan yang sama tahun lalu.

Pada penutupan, unit tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1056/1092 daripada 3.1075/1100 pada Selasa dan melonjak berbanding yen Jepun kepada 3.8254/8298 daripada 3.8429/8459 sebelumnya.

Unit tempatan juga naik berbanding pound Britain kepada 5.7667/7729 daripada 5.7810/7851 ketika ditutup pada Selasa dan naik berbandi euro kepada 4.9362/9415 daripada 4.9458/9493 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini