Ringgit teruskan momentum peningkatan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit teruskan momentum peningkatan


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum kenaikannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, didorong oleh sentimen positif menjelang pengumuman barisan Kabinet yang baharu, kata ahli ekonomi Bank Islam Malaysia, Adam Mohamed Rahim.

Pada jam 6 petang, unit tempatan itu menokok 70 mata asas kepada 4.1940/1965 berbanding dolar AS daripada paras 4.2010/2055 pada Rabu.

Adam berkata, keyakinan yang kukuh terhadap pentadbiran Malaysia, di samping kemungkinan tipis Rizab Persekutuan AS memberikan bayangan garis masa untuk mengurangkan pembelian bon, telah meningkatkan prestasi ringgit.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0998/1021 daripada 3.1056/1092 pada Rabu, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8075/8102 daripada 3.8254/8298, dan menokok berbanding pound British kepada 5.7659/7693 daripada 5.7667/7729.

Bagaimanapun, unit tempatan itu susut berbanding euro kepada 4.9376/9405 daripada 4.9362/9415 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini