Bagaimana Cara Berdagang Dengan Pullback Pada Trend? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bagaimana Cara Berdagang Dengan Pullback Pada Trend?


Apakah itu pullback?

Harga tidak pernah bergerak dalam garisan lurus. Biasanya, gerakan harga boleh digambarkan seperti gelombang. Semasa trend sedang kuat, setiap harga tinggi seterusnya mestilah lebih tinggi daripada yang sebelumnya dan setiap harga rendah seterusnya harus lebih tinggi daripada yang sebelumnya juga.

Dalam gambar di atas, kami berikan contoh yang ideal tentang trend yang bullish. Seperti yang anda boleh saksikan, ada tiga gelombang pembetulan, yang membolehkan pedagang memasuki pasaran bullish yang kuat.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan cara-cara memilih titik terbaik untuk masuk ke pasaran semasa pembetulan.  

Teori garisan trend John Heels

Garisan trend adalah instrumen perdagangan yang terbaik sepanjang zaman. Malah, para pedagang yang membenci indikator pun tetap melukiskan garisan trend.

Secara amnya, pullback yang lemah menunjukkan trend adalah kuat. Sebaliknya, pullback yang lebih besar menandakan akan berlakunya penyongsangan arah trend pada masa akan datang.

John Heel, seorang penulis perdagangan yang terkenal, telah mencipta teori trend. Teori ini mudah, pedagang hanya perlu melukiskan dua garisan signal trend untuk menentukan kekuatan tren.

Pertama sekali, anda perlu belajar melukis garisan signal.

- Letakkan 0 di titik ekstrem

- Letakkan 1, 2, 3, 4 seperti di gambar di bawah

Sambungkan 0 dan 4, 0 dan 2.



Sekiranya semasa trend bullish garisan 0-2 lebih curam, pullback tidak mempunyai kekuatan. Anda boleh membuka urusniaga long seperti yang ditunjukkan dalam gambar (ketika harga menembusi garisan 0-4).

Anda juga boleh gunakan contoh ini semasa downtrend (trend menurun).

Pullback penembusan (breakout pullback)
Pullback penembusan adalah salah satu strategi pullback yang paling popular. Strategi ini paling berkesan digunakan pada titik pusingan arah pasaran. Semasa trend kuat, harga mungkin mengukuh (consolidate) di dalam saluran (channel) dan membentuk aras sokongan dan rintangan.

Dalam gambar ini, anda boleh melihat harga menembusi aras sokongan pertama (garis biru atas) dan mengujinya dari bawah (setelah penembusan, harga biasanya kembali ke aras yang telah ia tembusi). Ketika ia menguji semula aras berkenaan, pedagang yang agresif boleh membuka urusniaga short. Dalam kes ini, nisbah ganjaran/risiko mencapai potensi yang paling tinggi kerana harganya mungkin naik melepasi aras berkenaan dan meneruskan uptrend.

Pedagang yang konservatif harus menunggu sehingga harga meneruskan struktur trend dan menembus ke aras rendah baru (penembusan garisan biru yang lebih rendah). Itu adalah titik masuk jual yang kedua. Kemasukan konservatif berlaku lebih lewat dan, oleh itu, potensi nisbah ganjaran/risiko juga lebih kecil.




Tangga horizontal
Dalam pergerakan trend, harga sering melakukan pullback untuk mengumpulkan kekuatan untuk pergerakan seterusnya. Biasanya, dalam trend yang bullish/bearish, harga kembali ke aras tinggi/rendah sebelumnya dan mengujinya dari atas/bawah. Pullback ini boleh dianggap sebagai peluang untuk mencari titik masuk alternatif bagi mereka yang terlepas peluang masuk awal.  



Selanjutnya, pedagang juga boleh memilih untuk menggunakan pola tangga (stepping pattern) untuk meletakkan kedudukan renti rugi di belakang pergerakan trend dengan cara yang lebih selamat. Dalam kes ini, pedagang menunggu sehingga harga selesai melangkah satu anak tangga dalam arah trend dan kemudian memindahkan renti rugi ke kedudukan di belakang kawasan pullback yang terakhir. Renti rugi mengekor (trailing stop loss) yang dilakukan secara manual ini kemudian terlindung dengan selamat dan tidak terlalu terdedah.

Pullback garisan trend
Ini satu lagi kaedah berdagang dengan pullback yang terkenal. Kekurangannya, garisan trend sering mengambil masa yang lebih lama untuk disahkan. Anda sentiasa boleh meyambungkan dua titik, tetapi garisan trend memerlukan sekurang-kurangnya tiga tempat disentuh. Itulah sebabnya mengapa anda boleh berdagang menggunakan pullback garisan trend hanya pada sentuhan ke-4 atau ke-5.

Sebagai kaedah tambahan, ia suatu yang baik, tetapi sebagai kaedah yang digunakan secara sendiri (standalone), pedagang boleh kehilangan banyak peluang.



Kesimpulan

Dalam artikel ini, kami telah membincangkan tentang 4 strategi untuk berdagang dengan pullback ketika trend sedang berlangsung.

- Strategi garisan signal
- Pullback penembusan (breakout pullback)
- Tangga horizontal
- Pullback garisan trend

Tiga strategi yang pertama boleh digunakan secara berasingan, sementara strategi garisan trend adalah pilihan tambahan yang dapat meningkatkan lagi keberkesanan strategi lain yang kami bentangkan.  




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini