Mengapa Perdagangan Matawang Kripto Adalah Yang Paling Progresif Di Era COVID-19? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Mengapa Perdagangan Matawang Kripto Adalah Yang Paling Progresif Di Era COVID-19?


Krisis ekonomi yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 mengubah bukan sahaja cara kita bekerja, melakukan perjalanan, hidup, tetapi ia juga telah memberi impak yang besar terhadap pasaran kewangan global. Tiada aspek kehidupan moden yang terlepas: semua sektor mencatatkan penurunan besar pada suku pertama 2020. Atas sebab itu, matawang kripto sebagai pelaburan alternatif menarik perhatian ramai pelabur dan pedagang pada waktu ini. Mahu tahu mengapa? Biar kami beritahu anda sebab-sebabnya.

Populariti yang semakin meningkat

Seperti mana-mana kelas aset, matawang digital pada awalnya terpukul dengan wabak dan harga telah menurun. Namun, ia mengambil masa yang sangat singkat untuk pulih kerana ramai orang mula melabur dan meninjau teknologi baru ini. Sebagai contoh, ketika pandemik baru bermula, Bitcoin, matawang kripto pertama di dunia, boleh dibeli dengan harga $4970. Hari ini, koin yang sama berharga lebih dari $48,000. Selain dari itu, harga Ethereum dan matawang kripto lain juga telah meningkat. Fakta ini membuktikan bahawa matawang kripto harus dipertimbangkan, dan memperdagangkannya bererti anda tidak ketinggalan mengikuti trend yang paling terkini.

Matawang yang terpencar

Anda mungkin pernah mendengarkan tentang ciri yang paling menonjol mengenai matawang digital. Ia terpencar (decentralized). Lihatlah kesudahan di bawah, yang menonjol pada waktu pandemik.

Bebas

Oleh kerana fitrah dan sifatnya yang bebas dari campurtangan bank pusat dan kerajaan, matawang kripto telah menjadi sumber alternatif bagi dana dan perdagangan. Tidak seperti matawang fiat dan aset, matawang kripto terpencar dan tidak dikawal selia oleh kerajaan atau bank pusat. Dengan kata lain, jika krisis seperti pandemik melanda dan bank pusat atau kuasa politik masuk campur di pasaran, ia tidak akan mempengaruhi nilai matawang digital sehebat kesannya ke atas matawang fiat atau pasaran perdagangan Forex.

Tiada sekatan tempatan

Anda boleh memperdagangkan matawang kripto dari mana-mana ceruk dunia dan ini menghapuskan masalah kecairan yang boleh timbul sekiranya kerajaan tempatan menyekat aktiviti perdagangan sebagai sebahagian daripada rejim lockdown.

Pendigitalan

Peralihan dari apa yang dianggap sebagai aset selamat ke matawang digital telah berlaku. Sebagai contoh, ketika pandemik melanda, sebilangan pelabur lebih suka menukarkan dana mereka menjadi matawang Tether untuk memastikan wang mereka selamat dari impak peristiwa besar atau isu politik.

Prospek keuntungan yang lebih besar

Untuk menggambarkan betapa besarnya perdagangan kripto pada masa ini, lihatlah permodalan keseluruhan pasaran matawang kripto yang bernilai lebih dari 2 trilion dolar dan volum urusniaga hariannya sebesar lebih 100 bilion dolar. Ada potensi pelaburan dan spekulasi yang besar di sini, lantaran dari pergerakan harga matawang digital yang meruap dan dramatik. Di samping itu, pasaran matawang kripto dibuka 24/7, jadi anda boleh berdagang pada bila-bila masa sepanjang hari, setiap hari. Ia amat memudahkan bila wujud keperluan untuk menjana pendapatan di waktu yang sukar seperti sekarang.

Matawang kripto kini memainkan peranan yang penting dalam pasaran kewangan global, dan COVID-19 memberikannya peluang yang baik untuk melihat perdagangan crypto dari pelbagai sudut pandang yang baru. Jadi jom kita sertai trend baru ini dan cuba akaun Crypto di FBS.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini