Berapa banyakkah yang wajar dipertaruhkan bagi setiap trade ? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Berapa banyakkah yang wajar dipertaruhkan bagi setiap trade ?



Ini adalah satu soalan yang paling sering ditanya oleh trader, namun sebenarnya toleransi risiko tidak boleh dilihat dari satu dimensi sahaja, sebaliknya ia bergantung pada kesanggupan kita untuk kemungkinan kehilangan wang sebagai pertukaran kepada keuntungan yang mungkin diperolehi.

Biasanya trader baharu dan trader yang lebih konservatif akan menghadkan risiko kerugian kepada 1% hingga 2%, sementara yang lebih agresif kadang-kadang mengesyorkan mengambil risiko sebanyak 5%. Sekiranya anda tidak pasti untuk memilih antara agresif dan konservatif, mungkin anda boleh mengambil pen dan kertas, dan buatkan jadual untuk menganalisis lima faktor yang akan kami kongsikan dengan anda.

Adakah anda orang yang berpendapatan stabil? Trader berpengalaman? Orang baharu? 

✅ bermakna satu markah untuk agresif, ❌ bermakna satu markah untuk konservatif, tetapi jika anda mempunyai lebih daripada lima faktor, anda boleh senaraikannya dan trade berdasarkan kemampuan anda.

1. Gaya Hidup

✅ Anda mempunyai sumber pendapatan yang stabil, gaji tetap.

❌ Keuntungan trading adalah satu-satunya sumber pendapatan anda untuk membayar hutang dan tanggungjawab kewangan anda yang lain.

2. Modal Trading

✅ Anda mempunyai akaun trading besar yang dapat bertahan dengan pembelian yang lebih besar bagi setiap trading. 

❌ Anda mempunyai akaun trading kecil, tidak cukup untuk pembelian standard, malah tidak cukup untuk lot mini, yang akan mencetuskan panggilan margin walaupun berlaku turun naik harga yang sedikit. 

3. Jangka Masa

✅ Saiz pembelian umumnya lebih kecil untuk trading jangka panjang, kerana ia perlu bertahan lebih banyak turun naik harga

❌ Sekiranya anda trader harian atau swing trader, mungkin anda boleh meningkatkan sedikit saiz pembelian purata anda.

4. Pengalaman

✅ Anda sudah trade cukup lama  dan yakin dengan naluri dan keputusan trading yang anda lakukan. 

❌ Anda masih baharu dan masih membuat keputusan berdasarkan emosi.

5. Keyakinan dalam membuat trading

✅ Ketika semangat trading anda masih tinggi.

❌ Ketika naluri anda tidak seiring dengan pasaran, berterusan mengalami kerugian.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini