Pasaran tukaran asing (forex) merupakan pasaran tidak berpusat yang terbuka kepada sesiapa sahaja yang merancang untuk menjadi pedagang. Prinsipnya adalah mudah: mata wang boleh menguntungkan jika dijual ketika harganya tinggi, atau menguntungkan untuk dibeli ketika harga mengalami penyusutan. Itulah pasaran di mana operasi perdagangan dijalankan setiap saat dengan pengaruh langsung daripada tahap perubahan tawaran dan permintaan. Ia sukar untuk dinyatakan secara spesifik apabila kita bertanya adakah perdagangan ini senang atau susah - semuanya bergantung kepada cita-cita setiap individu dan tahap kecekapan masing-masing. Terdapat banyak teknik mudah yang akan membantu anda untuk bermula dengan cepat, tetapi jika anda berkeinginan untuk tergolong dalam kumpulan pedagang profesional, maka anda perlu pertimbangkan pendekatan langkah demi langkah dalam mendapatkan kepakaran yang lebih baik. Belajar perdagangan forex sebenarnya mudah, anda hanya perlu lebih bertanggungjawab.
Bagaimana untuk menyertai perdagangan forex?
Perdagangan berjaya hasil dari kerja harian anda - kedengaran hebat, bukan? Setelah anda mengutamakan peningkatan bahagian praktikal dalam perdagangan anda dan mengikut semua kecenderungan pasaran untuk meningkatkan pengetahuan teori anda, masa depan yang menguntungkan seperti yang dinyatakan di atas akan menjadi kenyataan. Penting untuk anda faham bahawa kepakaran menjana pendapatan hanya boleh dicapai apabila anda menyentuh kesemua lapisan perdagangan yang diperlukan seperti membuka akaun demo, membuat analisis berita harian, menonton video pembelajaran, dan membaca sumber yang boleh dipercayai. Anda harus benar-benar menyelaminya. Seperti mempelajari bahasa, anda hanya menguasainya jika anda meluangkan masa dengan mendengar, membaca, menulis dan bercakap menggunakannya.
Bagaimana cara untuk masuk dalam perdagangan forex? Perkara yang anda perlu fokuskan bukanlah cara untuk memperolehi keuntungan, tetapi cara untuk menimba pengetahuan, ini berkaitan dengan meletakkan keutamaan yang betul dari awal. Cara anda bermula akan menentukan tempat anda berada dan perkara yang akan anda kecapi. Mengendahkan kepentingan belajar langkah demi langkah memberi kemungkinan besar untuk anda kekal dalam takuk yang lama. Bermula dari menentukan pasangan mata wang untuk mengikut trend sehingga berjaya menutup kedudukan anda - tentukan matlamat anda dan buat perancangan. Belajar cara untuk berdagang forex dengan jayanya bermaksud anda menumpukan masa anda untuk semua aspek halus.
Mengendahkan kepentingan belajar langkah demi langkah memberi kemungkinan besar untuk anda kekal dalam takuk yang lama.
Bagaimana untuk melatih diri anda?
Fikirkan bahan yang anda akan analisis sebagai faktor yang menentukan tahap kecekapan anda berdagang. Perkara yang anda baca dan tonton adalah perkara yang sangat penting ketika anda belajar forex. Sebagai pedagang baharu, anda mungkin akan terganggu selepas membaca bahan-bacaan-10 minit dan masih belum ada pemahaman yang jelas mengenai sesuatu perkara. Ia sama seperti makan makanan segera - anda tidak lagi lapar, tetapi adakah ia sihat, dan adakah anda akan mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menjadi produktif? Pembelajaran forex adalah versatil: pembelajaran perdagangan forex, buku, artikel, atau video - semuanya bergantung kepada anda.
Glosari
Lingkungan forex yang kecil dan terperinci akan membawa anda kepada banyak perkataan yang anda tidak tahu. Jangan langkau perkataan yang tidak diketahui semasa belajar kerana ia penting dalam memahami mesej utama sesuatu kandungan. Justforex menyediakan glosari tepat yang anda boleh rujuk sekiranya anda bingung dengan maksud sesuatu istilah perdagangan. Ia tidak memerlukan banyak masa untuk memahami maksud sesetengah perkataan, anda hanya perlu bersabar dan kekal bermotivasi.
Buku dan artikel.
Ia idea yang baik untuk membaca buku, tetapi beri perhatian kepada buku pembelajaran forex yang layak: "How to Make a Living Trading Foreign Exchange" oleh Courtney Smith, "Currency Trading for Dummies" oleh Brian Dolan, atau "Forex Trading: The Basics Explained in Simple Terms" oleh Jim Brown. Anda akan dapat arahan perdagangan yang senang dan mudah difahami daripada ahli profesional terkemuka.
Mari kita lihat kepada artikel. Terdapat banyak artikel di internet, namun tidak semua sumber ini mempunyai informasi yang mencukupi. Secara mudahnya - selepas membaca sesuatu artikel, perlu ada kefahaman tentang perkara yang anda baru baca. Ia lebih baik jika anda gabungkan bahagian teori dengan praktikal, tetapi bergantung kepada peringkat yang anda sedang pelajari ketika ini. Terdapat banyak artikel berguna dan berinformasi yang anda boleh dapatkan di Justforex.
Video
Betapa beruntungnya anda kerana mempunyai semua kemungkinan dan sumber untuk belajar perkara yang anda mahukan. Semakin banyak masa yang anda peruntukkan untuk belajar, semakin baik anda memahami sekiranya sesetengah sumber benar-benar bernilai untuk diberi perhatian dan masa anda. Anda boleh mendapatkan kursus pembelajaran perdagangan forex berdasarkan nilai dan struktur maklumatnya dengan mudah. Laman web Justforex memberi akses kepada webinar dalam talian dan video pendidikan mengenai topik berbeza yang mungkin menarik untuk pedagang baharu dan pedagang lain.
Akaun demo
Ya, anda tidak diwajibkan untuk mengetahui semua teori di dunia untuk memulakan perdagangan. Sejujurnya, teori tanpa latihan adalah tiada apa-apa.
Akaun demo membolehkan para pedagang mensimulasikan persekitaran perdagangan yang sebenar tanpa risiko kerugian kerana ia dibiayai dengan duit palsu. Semua ciri teknikal dalam akaun demo adalah sama dengan akaun sebenar. Ia merupakan cara mudah dan cepat untuk mula dan melihat pasaran sebenar dari dalam tanpa sebarang risiko. Pedagang baharu sangat disarankan untuk berlatih di MetaTrader (platform perdagangan) dengan akaun demo untuk mempelajari fungsinya, mencuba kemahiran perdagangan mereka, mencari jurang pengetahuan, memperbaiki dan mengubah strategi yang bertujuan untuk mencapai objektif perdagangan setiap individu - semua ini dengan akses percuma ke data pasaran yang dikemas kini setiap saat. Untuk menjadikan peralihan ke akaun sebenar lancar, akaun demo adalah satu bahagian yang tidak perlu dilangkau atau diabaikan, ia perlu sebagai asasnya. Anda boleh cuba berlatih dengan akaun demo Justforex dan buat kesimpulan anda sendiri mengenai Justforex sebagai sebuah broker.
Akaun sen
Pedagang yang berpengalaman sangat menyarankan untuk menjalani peringkat pertengahan dengan menggunakan akaun sen di mana anda dapat beroperasi menggunakan dana sebenar dalam baki, amaun dikira dalam sen dan bukannya dolar AS. Pelaburan anda di sini terlalu kecil untuk anda bimbang tentang bahagian kewangan perdagangan anda, tetapi disebabkan ia masih dana yang sebenar, ia akan membuat anda lebih bertanggungjawab dan memerhatikan setiap langkah yang anda ambil sebagai seorang pedagang. Proses pengurusan wang dan risiko yang lebih baik adalah kelebihan utama akaun sen Justforex.
10 tip perdagangan teratas untuk pedagang baharu
1. Utamakan kualiti dari kuantiti. Sentiasa. Pendekatan ini mengajar anda untuk menjadi lebih berhati-hati dalam memilih bahan bacaan anda, video tontonan anda dan broker yang anda gunakan untuk perdagangan.
2. Rancang pembelajaran anda. Penting untuk mengetahui tahap anda berada sekarang dan pada masa akan datang, katakan, dalam masa seminggu. Sudah tentu, ia sukar untuk mengetahui perkara yang perlu dipelajari dalam masa seminggu jika anda baru sahaja memulakan pembelajaran untuk berdagang, maka rancang untuk hari esok: tetapkan matlamat untuk menghabiskan 2-3 jam untuk topik-topik tertentu.
3. Setelah anda mula berdagang dalam akaun demo, mempunyai rancangan perdagangan juga adalah satu kemestian. Mula berdagang di akaun standard (dengan duit sebenar) hanya jika anda 100% yakin dengan kemahiran perdagangan anda dan idea untuk menutup kedudukan tidak menguntungkan yang berlaku dari semasa ke semasa kepada setiap orang termasuk pedagang yang berpengalaman, tidak menakutkan anda. Jadi, fikirkan akaun demo atau sen sebagai panduan forex terbaik anda.
4. Pilih broker yang boleh diharap dan dipercayai. Segala-galanya datang dengan pengalaman. Semakin banyak anda berdagang, semakin baik pemahaman anda tentang cara semuanya berfungsi dan sama ada broker memenuhi keperluan anda.
5. Sebaik sahaja anda mula berdagang dalam akaun Standard dan anda tidak pasti mengenai tindakan perdagangan anda - tetap dengan perancangan anda dan ambil risiko hanya jika ia berbaloi. Anda sentiasa boleh mencuba strategi anda dalam akaun demo sebelum beroperasi dalam akaun standard.
6. Berdagang bermaksud pembelajaran berterusan. Bergantung kepada strategi perdagangan anda, anda harus menumpukan masa anda setiap hari untuk menganalisis pasaran demi menjadi yang terbaik.
7. Tetapkan matlamat yang realistik. Tidak, anda tidak akan menjadi jutawan bulan hadapan jika anda mulakannya hari ini. Tetapi perkara yang pasti anda dapat adalah kefahaman tentang forex, cara ia berfungsi, dan jurang yang menghalang anda daripada mengambil langkah seterusnya selagi mana anda meluangkan masa untuk latihan dan teori.
8. Kaji dan buat analisis operasi perdagangan anda yang lepas sewaktu anda masih menggunakan akaun demo secara aktif.
9. Kekal dengan perancangan, strategi, gaya dan tingkah laku anda. Andalah yang akan duduk dan berfikir waktu untuk membuka kedudukan, andalah yang menilai potensi keuntungan, andalah yang membaca berita pasaran, andalah yang boleh beremosi atau tenang.
10. Trend adalah rakan anda. Oh, anda juga perlu belajar tentang perkara ini.
Sebaik sahaja anda mula berdagang dalam akaun standard - kekal dengan perancangan anda dan ambil risiko hanya jika ia berpatutan.
Kesimpulan
Forex adalah mengenai perdagangan pada bila-bila masa, siang atau malam. Ia beroperasi 24/5, tetapi anda harus ingat bahawa anda tidak mempunyai jadual perdagangan melainkan anda berdagang dalam salah satu daripada empat sesi perdagangan: Pasifik, Asia, Amerika, Eropah. Ini adalah perkara penting untuk dipertimbangkan ketika anda hendak memulakan perjalanan anda.
Memulakan dengan forex bermaksud merancang semua perkara dari A hingga Z. Jangan utamakan soalan “Bagaimana cara untuk belajar forex dengan cepat?”, tetapi lebih kepada pendekatan langkah demi langkah.