Harga emas kekal meningkat - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga emas kekal meningkat


SINGAPURA: Harga emas mengekalkan kenaikannya ketika pelabur menunggu data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mungkin memberi kesan apabila Rizab Persekutuan (Fed) mula mengurangkan program rangsangannya.

Data indeks harga pengguna (IHP) dijangka mencatatkan peningkatan inflasi tahunan melebihi lima peratus buat bulan keempat.

Ini menyusuli satu laporan minggu lalu yang menunjukkan indeks harga pengeluar meningkat ke tahap baharu ketika gangguan rantaian bekalan berterusan menyebabkan kos melonjak.

Logam berharga diniagakan di bawah AS$1,800 seauns ketika peniaga mempertimbangkan risiko daripada varian virus Delta dan peningkatan inflasi.

Jika harga pengguna melebihi jangkaan, Fed berkemungkinan mula mengurangkan pembelian bon pada November berbanding Disember, demikian menurut penganalisis pasaran kanan Oanda Group, Edward Moya.

"Harga emas mula menstabil ketika pelabur menunggu laporan inflasi Ogos, yang boleh memberikan beberapa isyarat bahawa inflasi adalah sementara," kata Moya dalam satu nota.

"Gangguan varian Delta terhadap rantaian bekalan berkemungkinan memberikan kejutan menaik bagi data IHP, yang boleh menyebabkan harga emas turun," katanya.

Spot emas hampir tidak berubah pada AS$1,792.94 di Singapura hari ini, selepas meningkat 0.4 peratus pada Isnin.

Indeks Bloomberg Dollar Spot hampir tidak berubah.

Harga perak dan platinum juga stabil, menakala palladium meningkat.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini