Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit merosot hari ini daripada peningkatan pada minggu lalu untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan terdapat pelabur yang kembali kepada dolar AS berdasarkan jangkaan Rizab Persekutuan AS yang akan memulakan pengurangan pembelian aset.

Pada 6 petang, unit tempatan diniagakan rendah pada 4.1490/1515 berbanding dolar AS daripada 4.1340/1370 semasa ditutup pada Jumaat.

Peniaga berkata, selain daripada data ekonomi dari China pada minggu ini, pelabur turut memantau data harga pengguna AS pada Selasa, yang dijangka menunjukkan inflasi teras yang berkurangan manakala data jualan runcit pada Khamis yang mungkin menunjukkan satu lagi penurunan.

Sementara itu, unit tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia ditutup tinggi berbanding euro kepada 4.8921/8950 daripada 4.8934/8970 ketika ditutup pada Jumaat, bagaimanapun, susut berbanding yen kepada 3.7681/7703 daripada 3.7592/7623 sebelum itu.

Ringgit juga merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0903/0926 daripada 3.0867/0892 pada Jumaat dan turun berbanding pound kepada 5.7356/7390 daripada 5.7347/7388 sebelum itu.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini