Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit merosot berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama minggu ini dalam persekitaran kegelisahan menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed AS) yang bermula esok.

Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.1905/1950 daripada 4.1700/1730 semasa ditutup pada Jumaat lalu.

Ketua Ekonomi Bank Islam Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata pelabur akan memberi tumpuan kepada keputusan langkah pengurangan oleh Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS pada mesyuarat pada 21-22 September.

"Jangkaannya adalah Fed AS mungkin mahu mengurangkan kadar program pembelian aset, yang pada masa ini berjumlah AS$120 bilion sebulan. Justeru, nilai dolar AS naik berdasarkan Indeks Dolar AS atau DXY, yang meningkat kepada 93.394 mata, menambah 0.21 peratus daripada ditutup pada minggu lepas," katanya kepada Bernama.

Oleh itu, ringgit dan mata wang pasaran sedang pesat membangun yang lain dijangka terus tidak menentu pada minggu ini.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit ditutup kebanyakannya tinggi, kecuali berbanding yen, yang merosot kepada 3.8200/8241 daripada 3.7913/7943 semasa ditutup pada Jumaat lepas.

Unit tempatan meningkat berbanding pound kepada 5.7339/7400 daripada 5.7483/7525, naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0979/1017 daripada 3.0985/1010 dan menambah kepada 4.9079/9132 berbanding euro daripada 4.9135/9170 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini