Ringgit pulih, ditutup lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit pulih, ditutup lebih tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit pulih daripada kerugian semalam untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas penurunan baru-baru ini mencetuskan minat pembelian dalam kalangan pelabur, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu diniagakan lebih tinggi pada 4.1570/1590 berbanding dolar AS daripada 4.1615/1640 semasa ditutup semalam.

Bagaimanapun, menurut peniaga, dolar AS tetap stabil selepas mendapat keuntungan daripada data Indeks Harga Pengguna Amerika Syarikat (AS) yang sedikit di bawah jangkaan, dikeluarkan malam tadi.

Walaupun perbezaannya adalah agak marginal, ia mungkin akan menyebabkan Rizab Persekutuan AS memerlukan tempoh yang lebih lama sedikit bagi memulakan proses pengurangan aset, yang sebenarnya, positif untuk dolar AS.

Sementara itu, beliau menjelaskan, pelabur juga akan menumpukan perhatian ke atas setiap perincian mengenai dasar monetari daripada Rizab Persekutuan AS kerana ia dapat mengubah senario semasa sepenuhnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama pada penutup.

Ia ditutup lebih tinggi berbanding euro pada 4.9152/9176 berbanding 4.9164 / 9193 dan mengukuh berbanding pound kepada 5.7475 / 7502 daripada 5.7687/7721 semalam.

Bagaimanapun, ringgit menurun berbanding dolar Singapura kepada 3.1002/1019 daripada 3.0987/1008 dan menyusut berbanding yen kepada 3.8019/8041 daripada 3.7811/7834.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini