Prestasi ringgit terus meningkat - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Prestasi ringgit terus meningkat



KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan peningkatannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini disokong oleh penyusutan Indeks Dolar AS kepada 93.374, kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh kepada 4.1490/1520 daripada 4.1565/1595 pada Khamis.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata secara keseluruhannya, ringgit berada dalam keadaan yang baik dan berkemungkinan besar akan terus meningkat berikutan harga komoditi yang menyokong ekonomi Malaysia.

"Laporan pendapatan baik oleh syarikat-syarikat di Wall Street turut membantu meningkatkan sentimen positif itu," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, unit tempatan itu juga turut ditutup tinggi berbanding kumpulan mata wang asing lain hari ini.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0825/0849 daripada 3.0908/0933 pada Khamis dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.6436/6466 daripada 3.6441/6471.

Unit tempatan itu naik berbanding pound British kepada 5.7269/7310 daripada 5.7360/7401 semalam dan meningkat berbanding euro kepada 4.8307/8342 daripada 4.8386/8421.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini