Ringgit dibuka lebih kukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka lebih kukuh

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan pembetulan teknikal hari ini selepas unit negara maju mengukuh semalam disebabkan jangkaan mengenai laporan data gaji bukan perladangan AS yang lebih kukuh.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1782/1820 berbanding dolar AS daripada 4.1825/1845 sewaktu ditutup pada Rabu.

Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz, berkata data daripada laporan Perubahan Pekerjaan Bukan Perladangan ADP AS yang lebih tinggi daripada jangkaan iaitu 568,000 pekerjaan berbanding ramalan sebanyak 428,000, menyebabkan dolar menjadi lebih tinggi, namun kemudiannya disebut harga pada 4.1830 berbanding ringgit.

"Bagaimanapun, data gaji bukan perladangan rasmi akan disahkan pada Jumaat dan sekiranya NFP lebih tinggi daripada dijangkakan, ini akan mencetuskan kemungkinan trend peningkatan baharu bagi dolar AS-ringgit.

"Dari segi teknikal, paras paling penting masih pada 4.1930. Melebihi paras itu boleh mendorong dolar AS-ringgit untuk meningkat sehingga 4.2400 dalam tempoh beberapa hari," katanya kepada Bernama.

Sewaktu dibuka, ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding yen Jepun kepada 3.7516/7551 daripada 3.7501/7522 sewaktu ditutup semalam dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0756/0786 berbanding 3.0702/0719.

Unit tempatan merosot berbanding euro kepada 4.8299/8340 daripada 4.8270/8293 sebelum ini dan berkurangan kepada 5.6803/6850 berbanding pound Britain daripada 5.6669/6696 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini