Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, disokong sentimen semakin baik terhadap mata wang tempatan itu, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit berada pada 4.1770/1810 berbanding dolar AS daripada penutup semalam iaitu 4.1855/1870.

Peniaga berkata, ringgit mengukuh berbanding dolar AS di tengah-tengah sentimen positif berikutan pembukaan semula ekonomi selepas lebih banyak negeri beralih ke fasa berikutnya di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Rabu lalu, kerajaan mengumumkan bahawa Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor dan Melaka beralih dari Fasa 2 kepada 3 PPN berkuatkuasa hari ini, sekali gus memulihkan selesa risiko pelabur," katanya.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Pasaran OANDA Asia Pasifik, Jeffrey Halley, menegaskan penurunan kecil hasil semalaman Perbendaharaan AS dan aktiviti pengambilan untung menolak Indeks Dolar AS lebih rendah sedikit.

Ketika ditutup, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0756/0788 berbanding 3.0760/0775 pada Khamis dan meningkat berbanding euro kepada 4.8361/8408 daripada 4.8531/8548 sebelumnya.

Bagaimanapun, ringgit menyusut berbanding pound British kepada 5.6373/6427 daripada 5.6308/6328 semalam dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.7580/7616 daripada 3.7394/7407 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini