Sentimen positif Bajet 2022 pacu kenaikan ringgit - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Sentimen positif Bajet 2022 pacu kenaikan ringgit


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa disokong oleh sentimen yang lebih baik terhadap mata wang tempatan menjelang pembentangan Bajet 2022 lewat minggu ini, kata seorang penganalisis.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.1450/1475 berbanding dolar AS daripada 4.1480/1510 ketika ditutup semalam.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pelabur kini akan memantau Bajet 2022 yang akan dibentangkan Jumaat ini dengan kerajaan dijangka mengekalkan pendirian dasar fiskal pengembangan.

"Sementara itu, pembukaan semula sektor ekonomi menjadi satu rahmat, sekali gus merancakkan semula aktiviti ekonomi. Kami menjangkakan ringgit berada dalam persekitaran yang positif dalam tempoh yang terdekat," katanya.

Pada penutup, unit tempatan itu diniagakan lebih tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain, kecuali berbanding pound British iaitu jatuh kepada 5.7172/7206 berbanding 5.7043/7085 ketika ditutup pada Isnin.

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 3.0779/0800 daripada 3.0781/0805 semalam, naik berbanding yen Jepun kepada 3.6353/6378 daripada 3.6504/6534, dan mengukuh berbanding euro kepada 4.8148/8177 daripada 4.8229/8264 sebelum itu.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini