Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila dibuka rendah pada Khamis ketika pelabur memilih untuk berpendirian 'tunggu dan lihat' menjelang pembentangan Bajet 2022 pada Jumaat, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi ini, ringgit susut kepada 4.1540/1570 berbanding dolar AS daripada 4.1530/1560 pada akhir urus niaga semalam.

Menurut peniaga, ringgit sememangnya mengalami pembetulan teknikal berikutan kedudukannya yang mencatat belian berlebihan.

"Kejatuhan harga minyak mentah Brent yang juga penanda aras global ke paras di bawah AS$85 setong turut memberi kesan terhadap ringgit," katanya.

Setakat pagi ini, harga minyak mentah Brent susut 1.24 peratus kepada AS$83.53 setong.

Dalam pada itu, ringgit turut diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0779/0804 daripada 3.0763/0790 semalam dan susut berbanding euro kepada 4.8153/8188 daripada 4.8137/8172 sebelum ini.

Unit tempatan itu bagaimanapun meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.6512/6539 daripada 3.6542/6572 pada akhir Rabu dan mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.7026/7067 daripada 5.7033/7074 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini