Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit mencatat penyusutan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Selasa selepas unit negara maju itu meraih momentum menjelang pengumuman data Jualan Runcit bagi Oktober yang dijangka meningkat kepada 0.7 peratus bulan ke bulan sebagaimana unjuran konsensus, kata penganalisis.

Pada 9 pagi ini, ringgit turun kepada 4.1630/1655 berbanding dolar AS daripada 4.1600/1630 yang dicatatkan pada akhir urus niaga semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata hasil Perbendaharaan 10 tahun AS telah melepasi paras 1.60 peratus yang menunjukkan bahawa pasaran bon mengunjurkan kitaran kenaikan kadar faedah berlaku pada 2022.

"Selain itu, Indeks Dolar AS (DXY) telah meningkat kepada lebih 95 mata sejak minggu lepas berikutan peningkatan mendadak inflasi pengguna kepada 6.2 peratus tahun ke tahun pada Oktober," katanya.

Menurutnya, berdasarkan senario itu, beliau menjangkakan ringgit dalam keadaan lemah hari ini dan diniagakan pada jajaran RM4.16 hingga RM4.17 berbanding dolar AS.

"Sekiranya data Jualan Runcit AS terbukti lebih baik daripada dijangkakan hari ini, dolar AS akan kekal tinggi kerana ini hanya mendorong kenaikan kadar faedah yang lebih awal oleh pihak Rizab Persekutuan," katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama kecuali pound Britain yang susut kepada 5.5847/5880 daripada 5.5794/5834 pada akhir urus niaga semalam.

Ringgit naik berbanding yen kepada 3.6460/6482 daripada 3.6543/6569, mengukuh berbanding euro kepada 4.7350/7378 daripada 4.7620/7654 dan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0769/0792 daripada 3.0790/0814 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini