Nilai ringgit terus menyusut - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Nilai ringgit terus menyusut


KUALA LUMPUR: Nilai ringgit lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka untuk urus niaga pagi ini kerana jangkaan pelabur terhadap kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) kekal utuh dan ini membantu menyokong nilai dolar AS, kata seorang penganalisis.

Pada 9 pagi, mata wang tempatan disebut harga pada 4.2320/2340 berbanding dolar AS daripada 4.2290/2320 pada penutup Jumaat minggu lalu.

Kenanga Investment Bank, berkata ringgit mungkin mengukuh seketika dan menghampiri paras 4.22 apabila hasil Perbendaharaan AS 10 tahun jatuh ke bawah paras 1.35 peratus pada Jumaat.

"Ini berlaku di tengah-tengah laporan pekerjaan AS November yang mengecewakan. Bagaimanapun, penyebaran berterusan kes Omicron di seluruh dunia akan terus merunsingkan pelabur, sekali gus mencetuskan penjualan aset berisiko," kata bank itu dalam nota hari ini.

Kenanga berkata, potensi kenaikan kadar inflasi AS akan terus mendorong indeks dolar AS mendekati zon 97.0, dan ini akan melemahkan nilai ringgit antara julat 4.23 dan 4.25.

"Berdasarkan analisis teknikal kami, petunjuk itu menunjukkan bahawa ringgit mungkin kembali meningkat sedikit berbanding dolar AS sebanyak 0.12 peratus kepada 4.226 minggu ini," tambahnya.

Mata wang tempatan turut diniagakan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Ringgit jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0857/0876 daripada 3.0844/0870 pada penutup Jumaat, susut berbanding pound Britain kepada 5.5994/6020 daripada 5.6182/6222.

Ia juga lemah berbanding yen Jepun kepada 3.7438/7459 daripada 3.7316/7346 dan turun berbanding euro kepada 4.7784/7806 daripada 4.7771/7805 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini