Ringgit dijangka lemah minggu depan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Ringgit dijangka lemah minggu depan


KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka kekal rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan kerana pelabur dijangka kekal berhati-hati terhadap kesan daripada varian terbaharu COVID-19, Omicron akan memberi kesan kepada pemulihan ekonomi.

Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata memandangkan varian membimbangkan (VOC) itu masih dalam siasatan saintis, ringgit mungkin kekal lemah buat masa ini, mungkin didagangkan pada RM4.22 hingga RM4.23 berbanding dolar AS.

"AS$/MYR nampaknya berlegar pada paras rintangan RM4.245. Kenyataan daripada Rizab Persekutuan (Fed) AS dan kebimbangan mengenai penyebaran Omicron akana terus mempengaruhi turun naik ringgit berbanding dolar AS.

"Aliran data ekonomi dari AS seperti Indeks Institut Pengurusan Bekalan (ISM) dan dakwaan pengangguran pada peringkat awal secara berterusan menjadi sebab kukuh untuk mengeluarkan kemudahan dasar monetari," katanya kepada Bernama.

Justeru, beliau berkata mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) seterusnya yang dijadualkan berlangsung antara 14 dan 15 Disember depan akan menjadi perhatian utama.

"Setakat ini, indeks dolar AS (DXY) berlegar melebihi 96 mata kerana perbincangan mengenai kenaikan kadar faedah lebih awal oleh Fed semakin mendapat momentum," katanya.

Melangkah ke hadapan, Mohd Afzanizam berkata penilaian terhadap VOC terkini berhubung kebolehjangkitan dan keterukan kejangkitan akan diteliti.

"Dengan mengandaikan VOC dapat dikawal, ada kemungkinan ringgit boleh melonjak lebih tinggi," katanya.

Bagi perbandingan mingguan, ringgit susut berbanding dolar AS kepada 4.2290/2320 daripada paras 4.2370/2400 ketika ditutup pada Jumaat.

Bagaimanapun, unit tempatan kebanyakannya diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain berbanding sebelumnya.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0844/0870 daripada 3.0893/0920 pada minggu sebelumnya dan rendah berbanding pound euri kepada 4.7771/7805 daripada 4.7713/7747 sebelumnya.

Namun, unit tempatan itu juga susut berbanding yen Jepun kepada 3.7316/7346 daripada 3.7131/7160 pada minggu sebelumnya tetapi mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.6182/6222 daripada 5.6403/6443 sebelumnya.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini