Nilai ringgit terus merosot - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Nilai ringgit terus merosot


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kerugian semalam untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis apabila pelabur beralih kepada mata wang yang lebih selamat kerana bimbang akan prospek ekonomi global susulan perkembangan terkini pandemik COVID-19, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan disebut harga pada 4.2315/2345 berbanding dolar AS daripada 4.2180/2210 pada penutup Rabu.

Seorang peniaga berkata, kebimbangan yang semakin meningkat akan keberkesanan vaksin COVID-19 terhadap varian Omicron juga melemahkan sentimen pasaran.

Sementara itu, seorang peniaga lain berkata, harga minyak meningkat pada Khamis, menebus kerugian hari sebelumnya, dengan jangkaan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutunya (OPEC+) mungkin menangguh bekalan di tengah-tengah kerisauan penyebaran varian Omicron COVID-19 boleh menjejaskan permintaan bahan api.

Mata wang tempatan juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0961/0988 daripada 3.0933/0957 pada penutupan Rabu dan lemah berbanding pound Britain kepada 5.6372/6412 daripada 5.6158/6198 semalam.

Unit tempatan turut merosot berbanding yen Jepun kepada 3.7397/7427 daripada 3.7173/7203 dan lemah berbanding euro kepada 4.7926/7960 daripada 4.7773/7807 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini