Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Nilai ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS ketika dibuka untuk urus niaga pagi Khamis selepas kebimbangan terhadap varian Omicron mereda, kata seorang peniaga.

Pada 9 pagi, nilai mata wang tempatan meningkat kepada 4.2160/2185 berbanding dolar AS daripada 4.2240/2260 pada penutupan hari sebelumnya.

Unit tempatan turut diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain kecuali berbanding euro.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0948/0971 daripada 3.0954/0973 pada penutupan Rabu, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7047/7073 daripada 3.7206/7227 dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.5660/5693 daripada 5.5938/5965 semalam.

Bagaimanapun, ia menyusut berbanding euro kepada 4.7797/7825 daripada 4.7672/7695 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini