Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syariat (AS), disokong minat belian yang berterusan, kata peniaga.

Pada jam 6 petang, ringgit mengukuh berbanding dolar AS kepada 4.2150/2180 daripada 4.2240/2260 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit ringgit berada pada kedudukan lebih kukuh pada sesi pagi dengan mata wang tempatan ini meningkat setinggi RM4.2075 berbanding dolar AS.

"Namun pada sesi petang, ringgit melemah kepada RM4.2165 berbanding dolar AS. Secara umumnya, ringgit telah mendapat sedikit kekuatan.

"Daripada perspektif teknikal, ringgit berada dalam keadaan terlebih jual, menunjukkan bahawa mata wang itu bersedia untuk meningkat," katanya

Bagaimanapun, Mohd Afzanizam berkata, isu mengenai varian baharu COVID-19 terbaharu dan langkah selanjutnya dalam bidang kuasa tertentu untuk menyekat mobiliti manusia akan terus memberi tekanan kepada ringgit kerana permintaan terhadap dolar AS berkemungkinan kekal dominan.

"Semua fokus akan tertumpu pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) antara 14-15 Disember.

"Walau apa pun, dolar AS dijangka kekal kukuh dalam masa terdekat," tambahnya.

Ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama, kecuali berbanding euro.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0897/0921 daripada 3.0954/0973 pada penutup Rabu, mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7117/7174 daripada 3.7206/7227 dan bertambah baik berbanding pound Britain kepada 5.5655/5694 daripada 5.5655/5694.

Bagaimanapun, mata wang tempatan susut berbanding euro kepada 4.7705/7739 daripada 4.7672/7695.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini