Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu oleh keyakinan pasaran yang diperbaharui mengenai pemulihan perdagangan global selepas penyelidikan awal mendedahkan varian Omicron COVID-19 tidak begitu mengancam berbanding Delta yang pernah dominan.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.1980/2020 berbanding 4.2110/2140 semasa ditutup pada Rabu.

Penganalisis Pasaran Kanan OANDA, Asia Pasifik Jeffrey Halley berkata dolar US mula menyusut sejak semalam, dipengaruhi oleh laporan bahawa risiko kemasukan ke hospital akibat Omicron adalah sedikit.

"Disebabkan ini, sentimen pemulihan perdagangan global mula pulih kembali dengan lebih kukuh.

"Bagi harga minyak, memandangkan Omicron tidak seburuk seperti yang dijangka, perdagangan terus mendorong peningkatan harga pasaran minyak semalaman," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama lain.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0874/0908 daripada 3.0832/0858, susut berbanding pound British kepada 5.6257/6311 daripada 5.5964/6004 dan lebih rendah berbanding euro pada 4.7521/7567 daripada 4.7521/7555 semalam.

Bagaimanapun, mata wang tempatan itu menokok berbanding yen Jepun kepada 3.6721/6760 daripada 3.6835/6865 semasa ditutup semalam. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini