Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat apabila pasaran terus menunggu keputusan bank-bank pusat utama pada minggu ini.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan berada pada 4.2190/2210 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.2060/2090 pada Khamis.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit bergerak dalam jajaran kecil 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS.

Rizab Persekutuan (Fed) AS dan Bank of England (BOE) nampaknya lebih yakin terhadap prospek ekonomi walaupun risiko pertumbuhan rendah akibat daripada COVID-19 masih jelas ketara.

"Ia mungkin juga berikutan tahap implikasi daripada varian baharu itu tidak seteruk seperti varian sebelumnya yang membayangkan risiko berkaitan dengan coronavirus adalah terkawal, yang membuka laluan kepada lebih banyak pembukaan semula ekonomi," katanya.

Sementara itu, ringgit ditutup rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.6180/6203 daripada 5.5902/5942 pada Khamis dan turun berbanding euro kepada 4.7805/7828 daripada 4.7587/7621.

Ringgit juga menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0899/0919 daripada 3.0829/0853 dan berkurangan berbanding yen Jepun kepada 3.7139/7160 daripada 3.6846/6876 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini