Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers
InstaForex

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini walaupun bacaan jauh lebih rendah daripada jangkaan pada Indeks Pembuatan Rizab Persekutuan Philadelphia Amerika Syarikat (AS), yang menyebabkan mata wang AS itu lemah berbanding mata wang lain, kata peniaga.

Pada 9 pagi, unit tempatan merosot kepada 4.2100/2130 berbanding dolar AS daripada 4.2060/2090 pada Khamis.

Peniaga ActivTrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data Tuntutan Pengangguran Awal AS, yang lebih tinggi daripada jangkaan, turut menyebabkan USD/MYR (kadar pertukaran dolar AS kepada ringgit) rendah.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ia adalah minggu mesyuarat akhir tahun bank-bank pusat utama dan kebanyakan bank berada dalam jangkaan Fed untuk terus mengurangkan program pembelian aset.

"Bank Pusat Eropah menunjukkan ia akan menghentikan Program Pembelian Kecemasan Pandemik (PEPP) seperti yang dirancang menjelang Mac 2022.

"Sehubungan itu, indeks dolar AS (DXY) merosot kepada 95.991, berkurangan 0.54 peratus," katanya.

Oleh itu, Diniz percaya ringgit boleh kekal dengan sokongan yang baik berbanding dolar AS pada sekitar RM4.20 berikutan perhatian kini beralih kepada bank pusat lain dalam langkah mereka untuk menaikkan kadar dasar.

"Pada masa ini, jangkaan ringgit akan naik secara berperingkat dengan kadangkala turun naik, berdasarkan ketidakstabilan kadar pemulihan ekonomi," katanya.

Pada pembukaan, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan merosot berbanding pound kepada 5.6107/6147 daripada 5.5902/5942 pada Khamis, susut berbanding yen Jepun kepada 3.6991/7021 daripada 3.6846/6876, berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.0876/0901 daripada 3.0829/0853 dan turun berbanding euro kepada 4.7699/7733 daripada 4.7587/7621 sebelum ini. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini