Ringgit ditutup lebih kukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih kukuh


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa disebabkan pelabur menunggu kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat, mengharapkan petunjuk jangkaan waktu dasar monetari diketatkan.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1890/1920 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1990/2020 pada Isnin.

Powell bertanding untuk penggal kedua sebagai Pengerusi Fed AS, dan akan hadir di hadapan jawatankuasa serta menjawab soalan daripada paras senator dalam usahanya untuk menjadi pengerusi bagi penggal kedua selama empat tahun.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan menokok berbanding euro kepada 4.7470/7504 daripada 4.7554/7588 pada Isnin, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0965/0990 daripada 3.0987/1013 dan naik berbanding pound Britain kepada 5.7008/7049 daripada 5.7018/7059.

Ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 3.6303/6332 daripada 3.6302/6331 semalam.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini